Memahami hubungan sivil-tentera di Thailand dari perspektif concordance: satu analisis

Durrah Abd Malek, and Muhamad Nadzri Mohamed Noor, (2023) Memahami hubungan sivil-tentera di Thailand dari perspektif concordance: satu analisis. Jurnal Wacana Sarjana, 7 (3). pp. 1-13. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
237kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/3...

Abstract

Hubungan sivil-tentera Thailand sering berada dalam keadaan antagonisme dan menjadi subjek pemerhatian kerana tindakan-tindakan tidak demokratik institusi ketenteraan, terutamanya kudeta yang kerap dilakukan. Ia sedikit sebanyak menyumbang kepada pembantutan proses pendemokrasian dan polarisasi ekstrem dalam politik domestik Thailand. Namun, lanskap ini terhasil daripada kurangnya keazaman politik dan persetujuan dalam kalangan pihak-pihak berkepentingan untuk mewujudkan satu ekosistem politik domestik yang boleh memenuhi kehendak semua pihak dan membawa kepada kestabilan politik. Teori concordance yang dikembangkan oleh Rebecca Schiff tidak pernah digunakan ke atas hubungan sivil-tentera Thailand dan model ini memberikan satu alternatif yang berbeza dari teori institusi Huntington: matlamat hubungan sivil-tentera yang baik adalah kestabilan politik dan bukan demokrasi semata-mata. Melalui kajian ini, pengkaji akan mengaplikasikanmodel ini dan menganalisa kemungkinan sebuah hubungan sivil-tentera yang stabil dan profesional di Thailand sekiranya ia menurut prasyarat-prasyarat yang digariskan oleh teori concordance.

Item Type:Article
Keywords:Hubungan sivil-tentera; Teori concordance; Institusi ketenteraan Thailand; Kudeta tentera; Politik Thailand
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:22946
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:24 Jan 2024 01:24
Last Modified:30 Jan 2024 00:47

Repository Staff Only: item control page