Pola sokongan pengundi dalam PRU-14 dan pasca PRU-14 di kawasan DUN Bukit Pinang, Pokok Sena, Kedah

Nur Fatihah Abd Aziz, and Junaidi Awang Besar, (2023) Pola sokongan pengundi dalam PRU-14 dan pasca PRU-14 di kawasan DUN Bukit Pinang, Pokok Sena, Kedah. Jurnal Wacana Sarjana, 7 (3). pp. 1-15. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
329kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/3...

Abstract

Keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14 (PRU-14) adalah keputusan yang luar biasa sekali dan pertama kali berlaku dalam sejarah apabila pakatan parti pembangkang berjaya menumbangkan parti pemerintah yang memerintah sejak pilihan raya pertama. Parti pemerintah iaitu Barisan Nasional (BN) telah digulingkan daripada kuasa memerintah selepas lebih enam dekad menjalankan pemerintahan authoritarian oleh gabungan pembangkang baharu iaitu Pakatan Harapan (PH). Kemenangan BN adalah berdasarkan sokongan besar-besaran daripada masyarakat Melayu yang dominan dari segi politik, dan menggerakkan institusi kerajaan untuk menyokong parti namun kekalahan BN pada pilihan raya kali ini menunjukkan sokongan masyarakat terhadap parti itu telah beralih arah. Justeru, adalah menjadi tujuan kajian ini untuk menganalisis pola sokongan pengundi dalam PRU-14 dan pasca PRU-14 di kawasan DUN Bukit Pinang, Pokok Sena, Kedah. Kajian ini menggunakan kaedah mengumpul data lapangan yang melibatkan soal selidik, temu bual dan pemerhatian di lapangan. Teknik menganalisis data digunakan dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 28.01. Hasil daripada analisis kajian menunjukkan 76 peratus responden menyokong parti PAS. Hal ini menunjukkan parti dominan yang memenangi PRU-14 di Kawasan DUN Bukit Pinang adalah PAS. Selain itu, faktor sokongan pengundi kepada parti politik dlm PRU- 14 di kawasan kajian adalah berdasarkan calon dan parti politik yang dipertandingkan. Seterusnya, senario politik semasa pasca PRU-14 di kawasan kajian menunjukkan bahawa responden percaya bahawa mengundi mampu memberi perubahan kepada keadaan ekonomi negara. Oleh itu diharapkan kajian ini dapat memberi pemahaman tentang perkembangan politik dan pilihan raya agar ianya selari dengan prinsip demokrasi sebenar.

Item Type:Article
Keywords:Pilihan raya umum; Pengundi; Parti politik; Pola pengundian; Demokrasi; Sistem pilihan raya
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:22947
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:24 Jan 2024 01:46
Last Modified:30 Jan 2024 00:49

Repository Staff Only: item control page