Hubungan antara trauma zaman kanak-kanak dan kesediaan perkahwinan dalam kalangan kemunculan dewasa di Selangor

Nur Afrina Zulaikha Abdul Rahman, and Suzana Mohd Hoesni, (2023) Hubungan antara trauma zaman kanak-kanak dan kesediaan perkahwinan dalam kalangan kemunculan dewasa di Selangor. Jurnal Wacana Sarjana, 7 (3). pp. 1-15. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
271kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/3...

Abstract

Trauma zaman kanak-kanak merupakan salah satu faktor psikologi penting yang berkait dengan kesediaan untuk berkahwin. Maka, kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara trauma zaman kanak-kanak dan kesediaan perkahwinan dalam kalangan kemunculan dewasa di Selangor. Terdapat 60 orang responden yang berumur 18 hingga 29 tahun telah terlibat dalam kajian rintis, di mana mereka menetap di Selangor dan dipilih melalui persampelan mudah. Data dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik yang meliputi alat ujian Childhood-Trauma Questionnaire - Short Form (CTQ-SF) oleh Bernstein et al. (2003) bagi penilaian trauma zaman kanak-kanak dan Criteria for Marriage Readiness Questionnaire (CMRQ) oleh Carroll et al. (2009) untuk pengukuran kesediaan perkahwinan. Hasil analisis korelasi Pearson menunjukkan trauma zaman kanak-kanak dan kesediaan perkahwinan mempunyai hubungan negatif yang sederhana dan signifikan, r= -0.452**, p < 0.01. Hasil analisis ujian-t sampel tidak bersandar menunjukkan bahawa min trauma zaman kanak-kanak bagi perempuan (M = 52.92, SP = 11.09) adalah lebih tinggi berbanding lelaki (M = 52.86, SP = 9.37) secara tidak signifikan dengan t (58) = -0.015, p > 0.05. Selain itu, hasil ujian-t menunjukkan min kesediaan perkahwinan perempuan (M = 144.15, SD = 12.05) juga lebih tinggi daripada lelaki (M = 142, SD = 8.94) secara tidak signifikan dengan t (58) = -0.454, p > 0.05. Dapatan kajian mencadangkan bahawa trauma zaman kanak-kanak yang dialami oleh kemunculan dewasa sangat memainkan peranan dalam kesediaan perkahwinan mereka kelak. Kajian pada masa hadapan disarankan untuk memperluas saiz sampel dengan pelbagai faktor serta tempat di Malaysia agar dapat menghasilkan data yang lebih dipercayai.

Item Type:Article
Keywords:Trauma zaman kanak-kanak; Kesediaan perkahwinan; Kemunculan dewasa; Kahwin; Selangor
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:22951
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:24 Jan 2024 03:24
Last Modified:30 Jan 2024 03:04

Repository Staff Only: item control page