Meneroka penggunaan rokok elektronik dalam kalangan pelajar di SMK Muadzam Jaya

Nur Ayu Mellissa Abd Rashid, and Nur Saadah Mohamad Aun, (2023) Meneroka penggunaan rokok elektronik dalam kalangan pelajar di SMK Muadzam Jaya. Jurnal Wacana Sarjana, 7 (3). pp. 1-12. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
207kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/3...

Abstract

Penggunaan rokok elektronik telah menjadi norma terkini di Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia mendefinisikan rokok elektronik merupakan peranti elektronik yang mengandungi nikotin manakala yang tidak mengandungi nikotin dirujuk sebagai vape. Penggunaan rokok elektronik sebagai pengganti rokok konvensional semakin berleluasa terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah. Justeru, perkara ini bukan perkara yang perlu diabaikan dan dibiarkan oleh pihak ibu bapa dan guru. Kajian ini dijalankan bagi mengkaji faktor penggunaan rokok elektronik dalam kalangan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Jaya, Pahang. Reka bentuk yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan teknik temu bual separa berstruktur. Seramai tiga orang informan yang terdiri daripada pelajar tingkatan telah ditemu bual. Data bagi kajian ini dianalisis meliputi penerokaan penggunaan rokok elektronik dalam kalangan pelajar. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat banyak faktor yang menyebabkan penglibatan pelajar dalam penggunaan rokok elektronik. Dalam konteks ini, penglibatan pelajar dalam penggunaan rokok elektronik juga sama dengan tingkah laku merokok iaitu aktiviti negatif yang memberi kesan bukan sahaja terhadap individu, malah keluarga dan masyarakat.

Item Type:Article
Keywords:Rokok elektronik; Pelajar; Sekolah menengah; Kualitatif
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:22952
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:24 Jan 2024 03:32
Last Modified:30 Jan 2024 03:05

Repository Staff Only: item control page