Strategi mesej dalam Berita Harian terhadap kempen diabetes di Malaysia

Aina Umairah Muhammad Dhalan, and Shamsiah Abd Kadir, (2023) Strategi mesej dalam Berita Harian terhadap kempen diabetes di Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 7 (3). pp. 1-11. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
205kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/3...

Abstract

Masalah diabetes semakin membimbangkan semua pihak terutama kerajaan dalam membendung masalah penyakit diabetes supaya tidak terus meningkat. Peranan media amat penting bagi memastikan semua maklumat dan mesej kesihatan yang berkaitan dengan diabetes dapat disebarkan dengan lebih meluas. Kajian ini mendapati bahawa strategi mesej yang digunakan dalam akhbar kurang berkesan untuk mengubah tingkah laku pembaca khususnya penghidap diabetes. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui pemaparan arah berita dalam Berita Harian yang berkaitan dengan kempen diabetes di Malaysia. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui dan menganalisis strategi mesej kesihatan yang digunakan dalam akhbar tersebut untuk menyampaikan berita yang berkaitan dengan diabetes. Extended Parallel Process Model (EPPM) telah digunakan sebagai landasan kajian dan analisis kandungan kuantitatif telah dijalankan ke atas 25 berita berkaitan diabetes bermula pada tahun 2022 sehingga 2015. Hasil kajian mendapati bahawa strategi mesej yang digunakan oleh Berita Harian cenderung memaparkan strategi mesej ‘mengajar tentang risiko’. Kajian ini memberi implikasi kepada akhbar di mana strategi mesej berbentuk ‘seruan untuk bertindak’ perlu digunakan bagi memperkukuhkan mesej kesihatan untuk memberi galakan kepada pembaca mengambil tindakan perubahan tingkah laku. Hasil kajian ini dapat dijadikan rujukan kepada penyelidik akan datang dalam mengkaji strategi mesej kesihatan dalam skop yang lebih luas seperti rencana dan komentar.

Item Type:Article
Keywords:Strategi mesej; Berita; Kempen; Diabetes; Extended Parallel Process Model (EPPM)
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:22953
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:24 Jan 2024 03:46
Last Modified:30 Jan 2024 03:06

Repository Staff Only: item control page