Geografi pilihan raya dalam Pilihan Raya Umum 15 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Damak, Jerantut, Pahang

Farah Humaira Jamalludin, and Junaidi Awang Besar, (2023) Geografi pilihan raya dalam Pilihan Raya Umum 15 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Damak, Jerantut, Pahang. Jurnal Wacana Sarjana, 7 (3). pp. 1-24. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
914kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/3...

Abstract

Geografi pilihan raya merupakan bidang kajian yang menarik untuk dibincangkan dalam kalangan masyarakat disebabkan bidang kajian tersebut meliputi pelbagai aspek yang berbeza antaranya ialah kawasan, persempadanan, kependudukan, pembangunan dan pengaruh ekonomi terhadap trend politik kewilayahan. Kesemua aspek yang dikaji boleh memberi kesan kepada keputusan pilihan raya seperti aspek kawasan dan manusia akan berinteraksi dengan siapa atau di mana mereka berada. Geografi pilihan raya juga mempunyai pelbagai aspek lain yang boleh dikaji dan aspek tersebut boleh memberi kesan kepada sesuatu keputusan pilihan raya. Justeru, adalah menjadi tujuan artikel ini ditulis untuk mengkaji berkaitan dengan geografi pilihan raya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di kawasan DUN Damak, Jerantut, Pahang. Kajian ini menggunakan kaedah mengumpul data lapangan yang melibatkan soal selidik, temu bual, pemerhatian di lapangan dan rujukan sumber sekunder. Penganalisisan data dilakukan melalui perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.0. Hasil kajian mendapati bahawa antara isu yang dominan dipilih oleh responden ialah berkaitan dengan pemulihan ekonomi/harga barang/inflasi/kos sara hidup iaitu seramai 84 peratus. Seterusnya, 64 peratus responden menyatakan bahawa mereka tidak berminat dengan politik disebabkan oleh pelbagai sebab antaranya adalah kerana politik merupakan perkara yang rumit dan 36 peratus menunjukkan minat terhadap politik kerana ingin mengetahui cara pemerintahan negara. Selain itu, 46 peratus responden menyatakan bahawa pertimbangan rasional merupakan pertimbangan utama semasa mengundi ketika PRU-15. Kesimpulannya, kajian ini merupakan perkara yang penting kerana boleh menambah ilmu pengetahuan, menambah data dalam kajian geografi pilihan raya dan boleh dijadikan rujukan kepada parti politik serta kerajaan agar boleh melihat isu dan permasalahan yang berlaku supaya boleh melengkapkan keperluan rakyat di sesebuah kawasan dengan sebaik mungkin.

Item Type:Article
Keywords:Geografi pilihan raya; Politik kewilayahan; Tingkah laku politik; Partisipasi politik; Persepsi politik
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:22954
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:24 Jan 2024 04:01
Last Modified:30 Jan 2024 03:07

Repository Staff Only: item control page