Sistem pentauliahan penterjemah: sorotan literatur bersistematik

Muhamad Jad Hamizan Mohamad Yusoff, and M. Zain Sulaiman, and Intan Safinaz Zainudin, and Haslina Haroon, (2023) Sistem pentauliahan penterjemah: sorotan literatur bersistematik. GEMA: Online Journal of Language Studies, 23 (4). pp. 115-131. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
466kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1621

Abstract

Sistem pentauliahan penterjemah merupakan mekanisme penting dalam menjamin mutu khidmat terjemahan dan kredibiliti penterjemah. Tanpa sistem pentauliahan tersebut, industri terjemahan beroperasi dalam pasaran celaru di mana kerja terjemahan lazimnya diberikan kepada sesiapa sahaja yang mengaku sebagai penterjemah walaupun mereka tidak terlatih dalam bidang terjemahan dan tidak memiliki kelayakan akademik yang sewajarnya. Fenomena ini turut berlaku di Malaysia memandangkan masih belum ada satu sistem untuk mentauliahkan penterjemah. Untuk membangunkan satu model pentauliahan penterjemah yang berkesan di Malaysia, ia perlulah direka bentuk berpandukan kajian ilmiah yang berkaitan. Walaupun terdapat banyak kajian lepas berkaitan mekanisme pentauliahan penterjemah, masih belum ada satu sorotan literatur bersistematik mengenai topik ini. Oleh itu, kajian ini melaksanakan satu sorotan literatur bersistematik ke atas topik ini dengan tujuan mengenal pasti dan menganalisis aspek-aspek pentauliahan penterjemah yang dibincangkan dalam kajian lepas. Sebanyak 30 penulisan akademik yang terindeks dalam pangkalan data Scopus, Web of Science (WoS), dan Google Scholar dikenal pasti dan dipilih untuk disorot. Sorotan ini mengenal pasti empat tema utama yang dibincangkan oleh para sarjana, iaitu konsep pentauliahan penterjemah, kaedah pentauliahan, pihak penganugerah pentauliahan dan cabaran sistem pentauliahan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa pertimbangan yang seharusnya diberi perhatian dalam membangunkan sistem pentauliahan penterjemah di Malaysia. Antara pertimbangan tersebut ialah penggunaan kaedah peperiksaan untuk pentauliahan penterjemah, merapatkan jurang antara sistem pentauliahan dan realiti dunia pekerjaan, pentauliahan penterjemah oleh badan yang bebas daripada sebarang konflik kepentingan, dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pentauliahan dalam kalangan para penterjemah untuk menjamin kemapanan sistem pentauliahan tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Pentauliahan penterjemah; Khidmat terjemahan; Peperiksaan pentauliahan; Industri terjemahan; Sorotan literatur bersistematik
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:22963
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:05 Feb 2024 07:47
Last Modified:06 Feb 2024 03:31

Repository Staff Only: item control page