Ros Nadiah Rosli, and Siti Fatin Mohd Razali, and Norinah Abd Rahman, and Anuar Kasa, (2023) Persepsi pelajar mengenai aplikasi quizizz dan padlet bagi kursus kejuruteraan geoteknik. AJTLHE: ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 15 (2). pp. 282-295. ISSN 1985-5826
|
PDF
322kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ajtlhe/issue/view/1643
Abstract
Kejuruteraan Geoteknik adalah salah satu sub bidang didalam kejuruteraan awam. Kursus ini melibatkan penggunaan prinsip asas geologi dan mekanik tanah dalam penentuan rekabentuk dan pembinaan struktur tanah yang selamat. Dalam konteks pengajaran di kuliah, kaedah tradisional seperti slaid and buku teks dilihat membosankan kerana pengajaran hanya berbentuk satu hala dan pelajar tidak mempunyai medium untuk berinteraksi. Oleh itu, pendekatan di dalam kuliah yang berkesan dapat memastikan pemahaman yang lebih baik serta penguasaan terhadap konsep asas dalam kejuruteraan geoteknik. Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan persepsi para pelajar mengenai pendekatan pengajaran yang sesuai dijalankan di kuliah menggunakan aplikasi Quizizz dan Padlet bagi kursus Kejuruteraan Geoteknik. Seterusnya, ia juga bertujuan untuk mengenal pasti kaedah terbaik yang wajar digunapakai bagi kursus Kejuruteraan Geoteknik. Sekain itu, kajian ini turut menilai kesan pendekatan mengunakan kedua-dua aplikasi tersebut terhadap tahap pemahaman pelajar serta keterlibatan pelajar secara aktif semasa sesi kuliah berlangsung. Kajian ini melibatkan soal selidik ke atas pelajar prasiswazah Tahun 3 sesi akademik 2022/2023, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Kebangsaan Malaysia yang mengikuti kursus ini. Soal selidik bagi kajian ini dilakukan secara atas talian, dimana pelajar perlu mengisi tinjauan tersebut pada hari terakhir sesi kuliah dijalankan. Daripada kajian yang dijalankan, didapati sebanyak 82.10% pelajar bersetuju dengan perlaksanaan aplikasi Quizizz dan 57.10% pelajar bersetuju dengan perlaksanaan Padlet semasa kuliah diajalankan. Namun, terdapat 35.70% pelajar menjawab tidak pasti, 5.40% tidak setuju, dan 1.80% sangat tidak setuju dengan penggunakan aplikasi Padlet kerana mereka seringkali mempunyai kesukaran ketika ingin memuat naik fail. Aplikasi Quizizz turut dilihat mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai e-penilaian. Hal ini kerana aplikasi tersebut dapat mengira markah pelajar secara automatik dan sekali gus dapat meringankan beban tugasan pelajar serta beban ahli akademik untuk menanda markah tugasan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Aplikasi Padlet; Aplikasi Quizizz; Kursus Kejuruteraan Geoteknik; Pendekatan pengajaran dalam kuliah |
Journal: | Asian Journal of Teaching and Learning in Higher Education |
ID Code: | 22972 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 06 Feb 2024 01:30 |
Last Modified: | 09 Feb 2024 01:54 |
Repository Staff Only: item control page