Norleyza Jailani, and Muhammad Irfan Ahmad Najib, and Azmin Sham Rambely, (2023) Konda-kondi: the legend - permainan tradisional realiti terimbuh. AJTLHE: ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 15 (2). pp. 346-372. ISSN 1985-5826
|
PDF
1MB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ajtlhe/issue/view/1643
Abstract
Permainan tradisional Melayu merupakan warisan budaya yang semakin dipinggirkan oleh generasi muda. Antara faktor penyumbang masalah ini adalah generasi muda lebih tertarik dengan permainan moden yang mudah dimainkan pada konsol permainan atau telefon bimbit. Kajian ini mencadangkan suatu inovasi permainan tradisional Konda-kondi menggunakan teknologi realiti terimbuh yang boleh dimainkan pada telefon pintar. Kaedah ATUMICS telah digunakan dalam reka bentuk dan pembangunan permainan ini yang mengenal pasti pemetaan elemen permainan tradisional ke inovasi aplikasi Konda-kondi: The Legend, di samping elemen baharu lain yang diperkenalkan. Antara elemen warisan budaya Melayu yang dimasukkan dalam reka bentuk permainan adalah rumah Kutai Perak, baju Melayu Cekak Musang dan Teluk Belanga serta muzik gamelan. Soal selidik terhadap pengguna aplikasi permainan ini mendapati dari segi penglibatan pengguna (user engagement), 100% bersetuju bahawa mereka seronok bermain permainan dengan 75% memberi respon sangat setuju. Manakala 75% responden bersetuju bahawa teknologi realiti terimbuh meningkatkan pengalaman permainan secara keseluruhan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pemodelan 3D; Permainan tradisional; Realiti terimbuh; Telefon pintar; Warisan budaya Melayu |
Journal: | Asian Journal of Teaching and Learning in Higher Education |
ID Code: | 22976 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 06 Feb 2024 03:29 |
Last Modified: | 09 Feb 2024 02:00 |
Repository Staff Only: item control page