Penggunaan sistem pengesanan emosi bagi melatih kemahiran komunikasi pembentangan

Wan Fathul Hakim W Zamri, and Zaliha Wahid, and Azhari Shamsudeen, and Muhamad Faiz Md Din, (2023) Penggunaan sistem pengesanan emosi bagi melatih kemahiran komunikasi pembentangan. AJTLHE: ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 15 (2). pp. 423-440. ISSN 1985-5826

[img]
Preview
PDF
986kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ajtlhe/issue/view/1643

Abstract

Ekspresi wajah memainkan peranan utama untuk mengesan emosi seseorang. Penggunaan pengesanan emosi dalam pembelajaran boleh mengesan emosi negatif pelajar terutamanya ketika mereka melaksanakan pembentangan projek. Kelemahan yang dikesan ini mampu diatasi dengan latihan bagi meningkatkan keupayaan keyakinan dan kemahiran komunikasi pembentangan. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti emosi pelajar semasa proses pembentangan kajian projek. Kajian ini menumpukan kepada dua objektif iaitu mengenalpasti elemen-elemen emosi pelajar dan valensi rangsangan muka ketika pembentangan. Melalui sistem pengesanan emosi ini, penambaikan komunikasi pembentangan telah berjaya dicapai melalui latihan menerusi sistem pengesanan emosi yang dapat mengesan ekspresi wajah pelajar. Ujian pengesanan emosi ini melibatkan 10 pelajar yang mengikuti kurus elektif iaitu Topik Terkini Kejuruteraaan Mekanikal. Walau bagaimanapun, keputusan 2 sampel pelajar lelaki dan perempuan telah dipilih untuk didokumentasi secara komprehensif dalam manuskrip ini. Pelajar lelaki mempunyai skala intensiti yang tinggi berbanding pelajar wanita. Skala intensiti yang tinggi menggambarkan kekuatan emosi yang ditionjolkan pada ekspresi wajah. Hasil keputusan menunjukkan kedua-dua pelajar lelaki dan perempuan menunjukkan kecenderungan mempamerkan emosi negatif ketika pembentangan tetapi dengan valensi berbeza antara satu sama lain. Namun proses latihan intensif telah dijalankan untuk memberi latihan komunikasi pembentangan kepada pelajar agar memberi ekspresi wajah tenang semasa pembentangan. Latihan ini berjaya memberikan impak yang positif. Diharapkan latihan pengesanan emosi yang ditindikkan dalam elemen pembentangan ini mampu memberi nilai inovasi baru yang mampu menyumbang ke arah satu keupayaan pembentangan yang lebih baik di kalangan pelajar.

Item Type:Article
Keywords:Ekspresi; Komunikasi; Pengesanan emosi
Journal:Asian Journal of Teaching and Learning in Higher Education
ID Code:22980
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:06 Feb 2024 04:27
Last Modified:09 Feb 2024 02:04

Repository Staff Only: item control page