Analisis ekspresi muka melalui sistem ujian pengesanan emosi bagi penilaian pembentangan pelajar

Wan Fathul Hakim W Zamri, and Nuryazmin Ahmat Zanuri, and Mariyam Jameelah Ghazali, and Wan Aizon W Ghopa, and Muhamad Faiz Md Din, (2023) Analisis ekspresi muka melalui sistem ujian pengesanan emosi bagi penilaian pembentangan pelajar. AJTLHE: ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 15 (2). pp. 456-468. ISSN 1985-5826

[img]
Preview
PDF
576kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ajtlhe/issue/view/1643

Abstract

Pembentangan merupakan salah medium untuk melatih kemahiran komunikasi untuk meningkatkan ketrampilan peribadi pelajar. Walau bagaimanapun, penilaian pembentangan sedia ada yang digunapakai kini ini tidak begitu komprehensif kerana hanya mengunakan rubrik pembentangan semasa yang mempunyai beberapa kekangan. Rubrik semasa mentakrifkan satu bentuk pemarkahan keupayaan komunikasi yang bersifat subjektif. Oleh demikan, satu kaedah penilaian alternatif disyorkan iaitu melalui sistem ujian pengesanan emosi dengan mengambilkira perubahan ekspresi muka. Objektif kajian ini adalah untuk menilai keupayaan komunikasi pelajar berdasarkan emosi yang ditonjolkan. Hal ini bukan sahaja dapat memberi peluang kepada pensyarah untuk menilai kebolehan pelajar ketika pembentangan secara lebih tepat, malah memberi maklumat dan analisa secara kuantitatif kepada pelajar terhadap prestasi komunikasi mereka. Keputusan menunjukkan pelajar mampu menonjolkan perubahan emosi yang agak stabil berdasarkan ekspresi muka mereka yang dominan iaitu kurang selesa dan gembira. Berdasarkan taburan model circumplex, elemen emosi yang tertinggi adalah ekspresi bimbang (61.63%- 91.45%). Keupayaan komunikasi yang diberikan oleh pelajar adalah memuaskan memandangkan kecenderungan emosi takut dan sedih ketika pembentangan memberikan peratusan yang paling rendah.

Item Type:Article
Keywords:Circumplex; Ekspresi muka; Pengesanan emosi
Journal:Asian Journal of Teaching and Learning in Higher Education
ID Code:22982
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:06 Feb 2024 05:01
Last Modified:09 Feb 2024 02:09

Repository Staff Only: item control page