Pembelajaran berasaskan permainan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu: suatu tinjauan literatur

Ahmad Afandi Yusri, and Muhammad Zuhair Zainal, and Irwan Mahazir Ismail, (2024) Pembelajaran berasaskan permainan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu: suatu tinjauan literatur. International Journal of the Malay World and Civilisation, 12 (1). pp. 15-26. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
384kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jatma/index

Abstract

Pembelajaran berasaskan permainan merujuk kepada sebuah kaedah dalam Pendidikan Abad Ke-21 yang mampu membantu guru bagi meningkatkan kreativiti mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Dalam pendidikan Bahasa Melayu, integrasi pembelajaran berasaskan permainan menjadi sebahagian daripada pendekatan penting untuk menambah baik amalan pedagogi guru sekaligus menyokong sebahagian daripada penerapan elemen didik hibur. Walaupun keberkesanan PBP sering mendapat perhatian daripada para sarjana dari semasa ke semasa, namun kajian berkaitan tentang persepsi, kepercayaan dan cabaran yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan kaedah bermain dalam PdP masih kurang dilaksanakan. Oleh sebab itu, makalah ini cuba untuk membuka perbincangan terhadap literatur-literatur yang berkaitan dengan konsep PBP, kelebihan dan cabaran terhadap pengaplikasian kaedah pembelajaran berasaskan permainan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, langkah bagi membantu pengaplikasian kaedah PBP dan perbincangan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu turut dikemukakan. Cabaran guru seperti beban tugas sampingan, kekurangan masa, kesukaran memilih bahan permainan yang sesuai, kekurangan pengetahuan, latihan tentang PBP serta kekurangan motivasi untuk menggunakan kaedah ini adalah penting untuk diatasi. Justeru, mereka digalakkan untuk berbincang dan mendapatkan kepakaran profesional untuk menggunakan permainan, terutamanya bagi menghasilkan bahan bantu mengajar berasaskan permainan berbentuk digital. Selain itu, sokongan daripada pihak pentadbir dan ibu bapa amat penting agar kaedah ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Cadangan lain ialah dengan menyediakan panduan seperti modul pembangunan permainan dan bahan bantu mengajar berasaskan permainan bagi memenuhi kehendak silibus dalam PdP Bahasa Melayu. Guru juga digalakkan untuk menyertai bengkel profesionalisme bagi melaksanakan kaedah PBP. Melalui makalah ini, diharapkan agar guru Bahasa Melayu dapat mencapai matlamat pembelajaran yang ditetapkan dengan lebih berkesan dan menyeronokkan melalui kaedah PBP.

Item Type:Article
Keywords:Pembelajaran berasaskan permainan; Tinjauan literatur; Guru; Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:22990
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:06 Feb 2024 08:32
Last Modified:09 Feb 2024 00:42

Repository Staff Only: item control page