Kaedah adaptasi sastera pada Filem: Satu Kajian perbandingan antara cerpen Amerika ‘Barn Burning’ dengan Filem Melayu “Kaki Bakar”

Mohamed Nazreen Shahul Hamid, (2023) Kaedah adaptasi sastera pada Filem: Satu Kajian perbandingan antara cerpen Amerika ‘Barn Burning’ dengan Filem Melayu “Kaki Bakar”. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 39 (3). pp. 81-100. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1610

Abstract

“Kaki Bakar” adalah sebuah filem adaptasi sastera berasaskan sebuah cerpen Amerika, ‘Barn Burning’. Filem tersebut lakon layarnya ditulis serta diarah oleh U-Wei Haji Saari dan terbit pada tahun 1995. Di sebalik kejayaan dan juga kekuatan yang dimiliki filem ini, kajian secara ilmiah masih tidak banyak dilakukan terutamanya berkaitan adaptasi sastera. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis kaedah adaptasi yang digunakan pengarah filem dan penulis lakon layar dalam mentransformasi cerpen ‘Barn Burning’ kepada filem “Kaki Bakar”. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif bersifat deskriptif. Kaedah ini diaplikasikan dengan melakukan perbandingan terhadap kedua-dua karya tersebut berpandukan teori adaptasi sastera. Perbandingan ini terbahagi kepada empat bahagian, iaitu bahagian yang ditambah, bahagian yang dibuang, bahagian yang dikekalkan dan juga bahagian yang diubahsuai. Melalui perbandingan yang dilakukan, kajian mendapati bahawa U-Wei menggunakan kaedah “interweaving” dalam mengadaptasi cerpen ‘Barn Burning’ kepada filem “Kaki Bakar”. U-Wei mengambil hampir sepenuhnya elemen naratif yang terkandung dalam cerpen ‘Barn Burning’ dan kemudian melakukan pengubahsuaian tertentu mengikut kehendak filem yang berlatarkan Alam Melayu dan bukannya Amerika seperti mana cerpen tersebut. Kajian ini penting bagi mengisi kelompangan kajian terdahulu dan juga menjadi rujukan kepada industri perfileman dalam usaha mengangkat karya sastera luar menjadi filem tempatan yang berkualiti.

Item Type:Article
Keywords:Adaptasi; Sastera; Kajian bandingan; Cerpen Amerika; Filem Melayu
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:22995
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:06 Feb 2024 07:46
Last Modified:06 Feb 2024 07:46

Repository Staff Only: item control page