Wan Nurjanatul Za’imah Wan Mohamad Khairuddin Azaki, and Norasmahani Hussain, (2024) Sejarah perkembangan sektor penanaman padi di Perlis, 1930-1950: perbandingan antara era penjajahan British dengan era pendudukan Jepun. International Journal of the Malay World and Civilisation, 12 (1). pp. 59-75. ISSN 2289-1706
|
PDF
679kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jatma/index
Abstract
Kajian ini meneliti sejarah perkembangan sektor penanaman padi di Perlis antara tahun 1930 hingga 1950 yang merangkumi era penjajahan British (1930-1941), era pendudukan Jepun (1941-1945) dan era pasca-pendudukan Jepun (1945-1950). Di bawah pentadbiran dua kuasa asing ini, sektor penanaman padi di Perlis telah berkembang ke arah pemodenan ekoran kedua-dua kuasa tersebut masing-masing memperkenalkan penggunaan teknologi baharu dalam sektor pertanian padi. Kajian terdahulu tentang Perlis lebih banyak memfokuskan isu sejarah pembentukan Perlis sebagai sebuah negeri dan sejarah warisan negeri Perlis berbanding isu ekonomi. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan sejarah berbentuk kualitatif iaitu meneliti dan menganalisis sumber-sumber primer yang diperoleh dari Arkib Negara Malaysia Cawangan Kedah-Perlis, Arkib Negara Malaysia Kuala Lumpur, Koleksi Malaysiana dan Arkib Perpustakaan Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia. Kajian yang mendalam terhadap sumber primer seperti The Annual Report of the British Adviser to the Perlis Government 1920, The Annual Report of the State Agricultural Officer, Kedah and Perlis (from 1st April to 31st Dec 1946), dan Perlis Annual Report 1935-1936, 1937, 1938 dan 1939 telah mendapati bahawa sektor penanaman padi di Perlis berkembang secara progresif semasa pentadbiran British dan berlaku kemerosotan dalam era pendudukan Jepun. Walaupun Jepun ada juga memperkenalkan teknologi baharu dalam penanaman padi, namun dasar Jepun seperti amalan ekonomi monopoli, dasar Berdikari dan sistem permit yang lebih ketat berbanding British menjadi antara faktor penyumbang kepada kemerosotan hasil pengeluaran padi di Perlis. Walaupun British kemudiannya telah kembali ke Perlis selepas pengunduran Jepun, masalah yang dinyatakan tidak dapat diatasi segera oleh British dan masih berlarutan dalam tahun-tahun awal era pasca-pendudukan Jepun di Perlis.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Perlis; British; Jepun; Penanaman padi; Ekonomi monopoli |
Journal: | International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI) |
ID Code: | 22998 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 06 Feb 2024 08:32 |
Last Modified: | 09 Feb 2024 00:43 |
Repository Staff Only: item control page