Penelitian awal terjemahan Bahasa Melayu bahagian akidah dalam Safīnah al-Ṣalāh

Amirul Hisham Afandi, and Mohd Zulkifli Talib, (2024) Penelitian awal terjemahan Bahasa Melayu bahagian akidah dalam Safīnah al-Ṣalāh. International Journal of the Malay World and Civilisation, 12 (1). pp. 77-85. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
427kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jatma/index

Abstract

Ulama Melayu sejak dahulu menghasilkan pelbagai karya terjemahan daripada bahasa Arab. Terjemahan mereka terdiri daripada pelbagai bentuk mengikut keperluan dan kesesuaian semasa. Justeru itu, masyarakat Melayu secara tidak langsung mempunyai banyak khazanah ilmu dalam bahasa mereka sendiri. Namun begitu, kajian dalam bidang ini masih boleh diteroka dengan meluas. Makalah ini bertujuan mengkaji terjemahan awal bahasa Melayu Safīnah al-Ṣalāh karya Abdullah bin Umar bin Yahya al-Ḥaḍramī. Karya ini mengandungi perbahasan akidah dan fiqah sembahyang. Penyelidik menumpukan kajian ini kepada bahagian akidah. Penyelidik mendapati masyarakat Melayu berinteraksi dengan bahagian akidah Safīnah al-Ṣalāh melalui dua terjemahan terawal. Terjemahan pertama (A) tidak dapat dikenal pasti pemiliknya, manakala terjemahan kedua (B) dilakukan oleh Syed Muhammad, seorang ulama Terengganu. Meskipun kedua-duanya menterjemah teks yang sama, terdapat perbezaan teks dan kaedah terjemahan yang dilakukan. Oleh itu, kajian dijalankan bagi mengenal pasti perbezaan tersebut. Bagi menjalankan kajian kualitatif ini, penyelidik menggunakan kaedah analisis dokumen dan kaedah persejarahan. Selain itu, landasan teori Vinay & Darbelnet digunakan bagi menganalisis kaedah terjemahan yang digunakan. Hasil analisis mendapati terdapat tiga kaedah terjemahan telah digunakan iaitu terjemahan adaptasi, transposisi dan harfiah. Didapati terjemahan A menggunakan terjemahan adaptasi dan transposisi, manakala terjemahan B menggunakan terjemahan adaptasi, transposisi, dan harfiah. Justeru itu, A mempunyai teks yang lebih panjang dan lebih sesuai sebagai rujukan pemahaman akidah, manakala B mempunyai teks yang lebih ringkas dan lebih sesuai sebagai pengukuhan akidah. Implikasi kajian ini dapat mengangkat kembali salah satu khazanah ilmu alam Melayu. Hasilnya, generasi semasa dapat memahami peranan dan sumbangan ulama Melayu dalam memartabatkan masyarakat dengan ilmu. Di samping itu, kecenderungan dan ketelitian mereka dalam memilih sumber ilmu untuk diterjemahkan juga dapat dikenal pasti. Justeru itu, ia dapat menjadi panduan dalam perkembangan Islam semasa yang berdepan dengan pelbagai cabaran.

Item Type:Article
Keywords:Ulama Melayu; Kitab Jawi; Safīnah al-Ṣalāh; Akidah; Terjemahan
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:22999
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:06 Feb 2024 08:32
Last Modified:09 Feb 2024 00:44

Repository Staff Only: item control page