Penginterpretasian metafora air sebagai interaksi hubungan dalam Weltanschuung Melayu: satu analisis model hibrid baharu

Nor Hafuza Muhammad Arif, and Maizura Osman, and Hasmidar Hassan, (2024) Penginterpretasian metafora air sebagai interaksi hubungan dalam Weltanschuung Melayu: satu analisis model hibrid baharu. International Journal of the Malay World and Civilisation, 12 (1). pp. 99-112. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jatma/index

Abstract

Air begitu penting pada setiap hidupan di seluruh dunia kerana air menjadi sumber asas untuk meneruskan kelangsungan hidup yang baik. Ciri fizikal air, fungsi dan tingkah lakunya yang pelbagai membuatkan manusia memanfaatkannya untuk diabstrakkan ke dalam bentuk metafora sama ada secara lisan mahupun tulisan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menginterpretasi maksud metafora yang mengkonsepsikan air sebagai hubungan dan menjelaskan perkaitan antara tingkah laku air yang dikaji dengan makna yang diperoleh. Kajian ini merupakan kajian kualitatif deskriptif. Bagi mendapatkan data yang berunsurkan metafora, tingkah laku air seperti mengalir dan meresap telah dijana dalam Korpus DBP. Oleh itu, Model Hibrid Baharu dijadikan sebagai satu mekanisme penginterpretasian metafora untuk mencungkil maksud tersirat daripada ungkapan metafora yang menyerlahkan konsepsi hubungan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa air sebagai konsepsi hubungan terserlah dalam empat perspektif, iaitu kekeluargaan, kepimpinan, keagamaan dan keperibadian. Dapatan yang diperoleh ini berupaya menjelaskan persepsi orang Melayu terhadap unsur air sekali gus mencerminkan weltanschauung Melayu dalam berbahasa. Kajian sebegini harus dikembangkan lagi kerana kedinamikan air didapati boleh menghasilkan pelbagai konsep selari dengan konteks yang dibicarakan. Di samping itu, kekuatan Model Hibrid Baharu yang bersifat inklusif wajar dimanfaatkan dalam menganalisis ungkapan bermetafora kerana gabungan antara kekuatan pendekatan Linguistik Kognitif dan pragmatik membantu pengkaji untuk mendapatkan maksud metafora yang lebih tepat secara bersistematik.

Item Type:Article
Keywords:Air; Hubungan; Metafora; Model Hibrid Baharu; Weltanschauung Melayu
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:23003
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:06 Feb 2024 08:32
Last Modified:09 Feb 2024 00:46

Repository Staff Only: item control page