Fakta sejarah dan proses kreatif filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022)

Siti Nur Izra Safra' Abdul Halim, and Nur Afifah Vanitha Abdullah, (2023) Fakta sejarah dan proses kreatif filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022). Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 39 (3). pp. 221-238. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
712kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1610

Abstract

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022) merupakan filem sejarah arahan Syamsul Yusuf yang berinspirasikan tokoh sejarah Mat Kilau. Filem ini telah berjaya meraih gelaran ‘box office’ dengan kutipan sebanyak RM 90 juta dalam tempoh 33 hari tayangan. Walaupun filem ini mendapat kutipan yang tinggi, terdapat beberapa ahli akademik telah mendakwa fakta sejarah dalam filem ini adalah tidak benar. Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan menjawab persoalan “apakah proses kreatif yang telah dilalui oleh filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022) bersandarkan kepada sejarah tokoh Mat Kilau?”. Bagi menjawab persoalan ini, aspek watak dan perwatakan, peristiwa serta budaya akan diteliti dengan membandingkan filem dengan sejarah tokoh Mat Kilau berdasarkan teori intertekstualiti. Data bagi artikel ini diperoleh daripada reka bentuk kajian kualitatif. Metodologi utama bagi memperoleh data kajian adalah dengan kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian yang dirakam dalam artikel ini adalah aspek watak dan perwatakan serta peristiwa dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022) telah mengalami tiga prinsip intertekstualiti iaitu transformasi, ekspansi dan eksistensi. Manakala, aspek budaya dalam filem ini telah mengalami prinsip transformasi serta modifikasi. Aspek budaya yang mengalami prinsip tersebut dapat dikategorikan kepada budaya kebendaan yang meliputi senjata dan busana serta budaya bukan kebendaan seperti silat dan bahasa pertuturan.

Item Type:Article
Keywords:Adaptasi; Filem Melayu; Filem sejarah; Kritikan filem; Mat Kilau
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:23009
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:07 Feb 2024 06:42
Last Modified:07 Feb 2024 06:42

Repository Staff Only: item control page