Kesan motivasi dan akses terhadap kemahiran digital pengguna media OTT Penyiaran Awam Malaysia

Mohd Zaidi Abu Seman, and Wan Amizah Wan Mahmud, and Muhammad Adnan Pitchan, (2023) Kesan motivasi dan akses terhadap kemahiran digital pengguna media OTT Penyiaran Awam Malaysia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 39 (3). pp. 368-387. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
420kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1610

Abstract

Seiring dengan arus cabaran dunia penyiaran kini, RTM menerusi perkhidmatan penyiaran berteraskan digital, memanfaatkan teknologi perkhidmatan media over-the-top (OTT) untuk jangkauan audien yang maksimum. Kajian ini memilih satu medium baharu OTT hasil inovasi dari gabungan Internet dan televisyen iaitu RTMKlik bagi menilai kesan motivasi dan akses fizikal terhadap kemahiran digital pengguna media OTT penyiaran awam di Malaysia. Kajian ini juga bagi memenuhi keperluan informasi dan trend semasa penonton serta pendengar setia RTM. Dengan peningkatan akses jalur lebar tetap dan mudah alih tanpa had telah meningkatkan pertumbuhan dan persaingan media OTT bagi mendapatkan audien. Sehubungan itu, melalui hasil kajian ini ia dapat mengenal pasti jurang digitalisasi peringkat pertama dari segi motivasi dan akses fizikal terhadap kemahiran digital pengguna media OTT RTMKlik. Kajian ini menggunakan Teori Jurang Digital dan kaedah survei melalui borang soal selidik secara dalam talian untuk mendapatkan maklumbalas. Data dikumpul dan dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 23. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengaruh jurang digitalisasi yang dikaji mencapai tahap signifikan positif yang kuat pada nilai p=0001 dengan kemahiran digital pengguna media OTT penyiaran awam. Analisis regresi membuktikan bahawa pengaruh jurang digitalisasi menyumbang 62.1% kepada kemahiran digital yang mempengaruhi pembolehubah bersandar.

Item Type:Article
Keywords:Motivasi; Akses fizikal; Kemahiran digital; Media OTT; TMKlik
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:23017
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:07 Feb 2024 08:32
Last Modified:09 Feb 2024 07:12

Repository Staff Only: item control page