Benarkah media Malaysia berat sebelah? analisis Pelaporan Berita Pilihan Raya Umum Ke 15 oleh portal berita dalam talian di Malaysia

Suhana Saad, and Shahrul Nazmi Sannusi, (2023) Benarkah media Malaysia berat sebelah? analisis Pelaporan Berita Pilihan Raya Umum Ke 15 oleh portal berita dalam talian di Malaysia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 39 (3). pp. 404-423. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
365kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1610

Abstract

Kajian ini menganalisis liputan portal berita dalam talian semasa kempen pilihan raya dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15 (PRU15) pada 20 November 2022. Objektif utama kajian ini adalah untuk meneliti kecenderungan media berat sebelah portal berita dalam talian terhadap parti-parti politik yang mewakili kerajaan dan pembangkang semasa tempoh kempen pilihan raya bagi mengukur tahap bias setiap portal berita. Terdapat dua jenis portal berita dipilih untuk penyelidikan ini iaitu portal berita dalam talian (1) arus perdana, iaitu The Star Online, Berita Harian Online, Bernama Online, Berita Radio Televisyen Malaysia, Harian Metro Online, Sinar Harian Online, Utusan Online dan The Malay Mail; dan (2) berita alternatif portal yang terdiri daripada penerbitan portal berita bebas iaitu Astro Awani, The Malaysian Insider, Free Malaysia Today dan Malaysiakini. Kajian ini telah dijalankan bermula dari hari penamaan calon pada 05 November 2022 sehingga hari pengundian pada 19 November 2022. Setiap artikel dikodkan dan dilabelkan sebagai positif, negatif atau neutral liputan untuk setiap parti politik. Kaedah Analisis Kandungan telah digunakan di mana penyelidik memilih dan menganalisis setiap artikel pilihan raya dan meletakkannya dalam 3 kategori untuk menjelas arah berat sebelah iaitu kerajaan, pembangkang dan neutral. Hasil kajian menunjukkan kesemua liputan berita memaparkan imej organisasi berita masing-masing di mana pelaporan media arus perdana mendominasi berita arah kerajaan manakala media alternatif lebih seimbang kecuali MalaysiaKini. Paparan arah media berat sebelah jelas menunjukkan bahawa liputan yang disampaikan kepada masyarakat adalah saling melengkapi untuk kedua-dua parti kerajaan dan bukan kerajaan.

Item Type:Article
Keywords:Pilihan raya umum; Berita dalam talian; Berita alternatif; Parti politik; Media berat sebelah
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:23020
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:07 Feb 2024 09:57
Last Modified:09 Feb 2024 07:14

Repository Staff Only: item control page