Pengaruh faktor personaliti dan teknostres teknologi berlebihan terhadap keberkesanan gaya kepimpinan teknologi

Zainil Hanim Saidin, and Siti Haslina Md Harizan, and Muhammad Firdaus Mohd Hanip, (2023) Pengaruh faktor personaliti dan teknostres teknologi berlebihan terhadap keberkesanan gaya kepimpinan teknologi. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 20 (4). pp. 38-53. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
476kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Kajian terdahulu telah membuktikan kepentingan gaya kepimpinan teknologi terhadap perkembangan organisasi moden. Walau bagaimanapun, kajian yang mengukur kepimpinan daripada pelbagai dimensi tidak menjurus secara khusus kepada gaya kepimpinan teknologi berlandaskan ICT dan secara relatif, kajian mengenainya juga masih kurang serta tidak komprehensif. Sekiranya faktor kemanusiaan individu seperti personaliti dan teknostres berlebihan tidak diuruskan dengan lebih baik, ia akan memberi kesan buruk kepada organisasi seperti kadar pusing ganti pekerja yang tinggi akibat pekerja tidak dapat berkembang seiring dengan kepesatan teknologi. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat dengan lebih terperinci kesan personaliti individu bersama teknostres teknologi berlebihan dan bagaimana kedua-duanya memberi kesan terhadap gaya kepimpinan teknologi. Kajian ini dibuat berpandukan Teori Personaliti Big Five yang mengupas faktor dalaman individu iaitu personaliti dan stres yang didapati memberi kesan kepada kepimpinan khususnya aspek keberkesanan gaya kepimpinan teknologi. Sebanyak 316 set borang soal selidik telah dikumpul daripada para pelajar separuh masa Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia yang juga merupakan pekerja di pelbagai organisasi di seluruh Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan kedua-dua pemboleh ubah tidak bersandar iaitu teknostres teknologi berlebihan dan personaliti mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan gaya kepimpinan teknologi. Kajian ini boleh memberi panduan kepada pemimpin organisasi khususnya dalam mencari titik keseimbangan antara menguruskan manusia dan teknologi melalui pengurusan organisasi yang strategik.

Item Type:Article
Keywords:ICT; Kepimpinan teknologi; Pendidikan jarak jauh; Personaliti big five; Teknostres
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:23034
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:14 Feb 2024 06:53
Last Modified:19 Feb 2024 06:12

Repository Staff Only: item control page