Persepsi kakitangan awam terhadap penggunaan media sosial dalam penyampaian barang dan perkhidmatan awam

Muhammad Haziq Said, and Norain Mod Asri, (2023) Persepsi kakitangan awam terhadap penggunaan media sosial dalam penyampaian barang dan perkhidmatan awam. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 20 (4). pp. 257-267. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
340kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti persepsi pekerja atau kakitangan awam terhadap penggunaan media sosial dalam penyampaian barang dan perkhidmatan di sektor awam. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif dengan menggunakan soal selidik yang diedarkan kepada responden dalam kalangan kakitangan (penjawat) awam yang bertugas di kawasan Lembah Klang. Menerusi analisis deskriptif terhadap 331 sampel pekerja sektor awam, dapatan membuktikan kebanyakan pekerja sektor awam menggunakan telefon pintar dalam urusan kerja. Walaupun mereka memiliki lebih daripada satu akaun media sosial, tetapi Whatsapp lebih kerap digunakan dalam urusan kerja. Media sosial juga lebih banyak digunakan untuk tujuan komunikasi dengan rakan sekerja dan ketua. Malah media sosial membolehkan kerja dapat diselesaikan tanpa bersemuka. Manakala barang dan perkhidmatan awam pula turut boleh disampaikan kepada masyarakat tanpa perlu ke lokasi menerusi penggunaan media sosial. Apa yang menarik juga adalah penggunaan media sosial dapat mengurangkan tekanan pekerja dalam membuat kerja dan menjimatkan kos telekomunikasi mahupun pengangkutan. Berpandukan kepada dapatan di atas, jelas sekali bahawa media sosial sesuai digunakan dalam operasi sektor awam termasuklah dalam penyampaian barang awam kepada masyarakat.

Item Type:Article
Keywords:Sektor awam; Analisis deskriptif; Media sosial; Lembah Klang; Barang dan perkhidmatan awam
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:23041
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:14 Feb 2024 06:53
Last Modified:19 Feb 2024 06:25

Repository Staff Only: item control page