Tekanan kewangan dan pengurusan tekanan kewangan dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi berasaskan status sosioekonomi

Awien Azuyien Jamri, and Suraiya Ishak, (2023) Tekanan kewangan dan pengurusan tekanan kewangan dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi berasaskan status sosioekonomi. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 20 (4). pp. 164-178. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
469kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Peningkatan kos sara hidup telah memberi impak kepada masyarakat, termasuk pelajar di institusi pengajian tinggi. Sehubungan itu, ia telah memberi tekanan kewangan kepada golongan pelajar terlibat dalam menjalani rutin harian sebagai pelajar di universiti. Berasaskan kerangka teori Sosioekonomi (SES), mahasiswa daripada kelompok latar belakang sosioekonomi berlainan dijangka terdedah kepada tahap tekanan kewangan yang berbeza disebabkan pengaruh konteks sosioekonomi masing-masing. Objektif kajian ini adalah untuk mengukur tahap tekanan kewangan mahasiswa institusi pengajian tinggi awam tempatan mengikut kelompok sosioekonomi mereka. Selain itu, ia turut menganalisis respon pengurusan tekanan kewangan dalam kalangan pelajar IPTA mengikut kelompok taraf hidup mereka. Kajian ini menggunakan teknik survei dengan melibatkan sampel berjumlah 118 pelajar tahun akhir daripada dua buah fakulti di sebuah IPTA di Lembah Kelang. Pemilihan sampel kajian adalah dibuat secara persampelan bertujuan daripada sebuah kerangka persampelan pelajar tahun akhir daripada fakulti sasaran berjumlah 170 orang. Data dianalisis secara deskriptif dan analisis tabulasi silang (crosstab). Hasil kajian mendapati pelajar daripada latar belakang kelompok B40 dan M40 mempunyai tahap tekanan kewangan yang tinggi. Manakala kelompok taraf sosioekonomi tinggi iaitu T20 cenderung mempunyai tahap tekanan kewangan yang rendah berbanding kelompok B40 dan M40. Di samping itu, kajian menemui kebanyakan mahasiswa dalam semua kelompok latar belakang sosioekonomi telah menunjukkan respon pengurusan tekanan kewangan pada tahap yang relatifnya sederhana. Implikasi penemuan ini membuktikan pemberian bantuan kewangan secara bersasar kepada kelompok mahasiswa kategori keluarga B40 adalah wajar kerana mereka merupakan aset perubahan taraf sosiekonomi keluarga. Implikasi ilmu menunjukkan kerangka SES relevan dalam kajian tekanan kewangan dalam kalangan kelompok sosioekonomi berbeza.

Item Type:Article
Keywords:Status sosiekonomi (SES); Institusi pengajian tinggi (IPT); Tekanan kewangan; Pengurusan; Stratafikasi sosial
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:23046
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:14 Feb 2024 06:53
Last Modified:19 Feb 2024 06:18

Repository Staff Only: item control page