Cabaran pentadbiran Pengerusi JPKKOA Wanita Orang Asli mendepani pandemik COVID-19 di Malaysia

Norliza Mohammad Basiron, and Mimi Hanida Abdul Mutalib, and Zanisah Man, (2023) Cabaran pentadbiran Pengerusi JPKKOA Wanita Orang Asli mendepani pandemik COVID-19 di Malaysia. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 20 (4). pp. 208-219. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
432kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Wabak COVID-19 yang melanda bukan hanya di Malaysia malahan seluruh dunia telah menjejaskan kehidupan semua golongan penduduk dunia termasuk golongan penduduk pribumi. Hal ini kerana COVID-19 telah menyebabkan berlakunya krisis kemanusiaan apabila sekatan yang dikenakan bagi mengawal penularan virus telah memberi kesan terhadap sektor ekonomi dan sosial masyarakat. Oleh yang demikian, situasi begini menyebabkan pelbagai cabaran terpaksa dilalui oleh semua pemimpin masyarakat termasuk pemimpin dalam kalangan Orang Asli dalam melaksanakan tugas semasa pandemik COVID-19. Kajian ini bertujuan meneroka pengalaman dan cabaran yang dilalui oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) wanita ketika melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin kampung semasa pandemik COVID-19. Pendekatan kajian secara kualitatif telah diguna-pakai dalam mengumpul maklumat daripada sembilan (9) orang pengerusi JKKOA dari kalangan wanita suku kaum Temuan menggunakan cara persampelan bertujuan . Data dijana dari temu bual mendalam dengan pengerusi JPKKOA kaum Temuan yang terlibat berdasarkan soalan secara separa berstruktur. Data analisis menemui tiga (3) cabaran yang dihadapi oleh mereka ketika era pandemik iaitu perubahan pentadbiran dan pengurusan kampung, sinergi pentadbiran kampung yang tempang serta perlu mendepani kegusaran masyarakat berkaitan isu COVID-19. Cabaran-cabaran tersebut penting bagi menterjemahkan situasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Oleh itu, dapatan kajian ini diharap dapat menyumbang kepada pengetahuan baharu berkaitan cabaran kepimpinan pengerusi JPKKOA wanita Orang Asli semasa pandemik COVID-19 di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Wanita Orang Asli; Pentadbiran; Cabaran; Pengerusi JPKKOA; Pandemik COVID-19
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:23052
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:14 Feb 2024 06:52
Last Modified:19 Feb 2024 06:22

Repository Staff Only: item control page