Gender dan ruang pekerjaan: persepsi pegawai rendah polis terhadap kepimpinan pegawai kanan polis wanita

Azlina Talib, and Nur Hafizah Yusoff, (2023) Gender dan ruang pekerjaan: persepsi pegawai rendah polis terhadap kepimpinan pegawai kanan polis wanita. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 20 (4). pp. 292-300. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
464kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Gaya kepimpinan merupakan suatu keperluan dalam membina kekuatan organisasi terutama dalam memimpin komitmen pekerja ke arah menuju dan mencapai matlamat yang ingin dicapai bersama. Gaya kepimpinan yang berkesan merupakan nadi dalam organisasi untuk mencapai sesuatu matlamat organisasi sekaligus meningkatkan komitmen pekerja terhadap organisasi. Kajian ini memberi tumpuan kepada pemimpin polis wanita dengan kualiti feminine mereka yang semulajadi, boleh bertindak sebagai agen perubahan dalam mengurangkan isu-isu, konflik dan masalah yang berkaitan kemasyarakatan dan negara. Pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah soal selidik telah digunakan dan seramai 221 responden kajian terdiri daripada pegawai rendah polis IPD Putrajaya telah dipilih sebagai responden kajian. Data dianalisis dan dipserembahkan secara statistik deskripsi dan statistik inferensi. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat empat dimensi gaya kepimpinan dalam pegawai kanan polis di IPD Putrajaya yang menjadi teras keberkesanan dan kejayaan sesebuah organisasi. Kajian ini juga menunjukkan keempat-empat dimensi tersebut iaitu dimensi gaya kepimpinan demokratik, gaya transformasi, gaya laszie-faire dan gaya autokratik adalah penting dan perlu diseimbangkan bagi mencapai kejayaan sesebuah organisasi. Walau bagaimanapun, rata-rata responden bersetuju bahawa pegawai kanan polis wanita di IPD Putrajaya lebih cenderung ke arah gaya kepimpinan transformasi. Justeru itu, melalui kepimpinan transformasi ini diharapkan ianya dapat membawa Polis Diraja Malaysia ke tahap pengurusan kepolisan bertaraf dunia.

Item Type:Article
Keywords:Gender; Kepimpinan; Organisasi; Pekerjaan; Sosiologi; Wanita
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:23054
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:14 Feb 2024 06:52
Last Modified:19 Feb 2024 06:26

Repository Staff Only: item control page