Raja Noor Afiz Raja Noor Afandi, and Mohd Yusof Hussain, and Fatin Umaira Muhamad Azian, (2023) Daya tahan komuniti terhadap bencana banjir di Mukim Dengkil, Sepang. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 20 (4). pp. 301-315. ISSN 1823-884x
|
PDF
649kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Abstract
Bencana banjir merupakan fenomena yang terjadi di Malaysia dan ia berlaku secara mengejut, tidak menentu dan pada bila-bila masa serta tidak dapat dielakkan. Kebanyakan kajian lepas membincangkan polisi, strategi dan pengurusan bantuan bencana banjir di Malaysia, namun amat terhad kajian dilaksanakan yang menekankan aspek daya tahan individu, kumpulan, komuniti mahupun masyarakat yang terkesan akibat bencana banjir di Malaysia. Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memberikan pandangan baharu ke atas daya tahan komuniti terhadap bencana banjir dan strategi untuk membangunkan daya tahan sosial untuk mengurangkan risiko bencana banjir. Oleh itu, objektif kajian ini ialah untuk mengukur tahap daya tahan terhadap faktor yang menjadi keutamaan bagi daya tahan komuniti terhadap bencana banjir di mukim Dengkil, Sepang. Kajian ini telah dijalankan kepada 349 orang mangsa banjir di sekitar mukim Dengkil, Sepang. Kaedah kuantitatif dengan analisa kad skor Torrens digunakan untuk mengukur tahap tinggi, sederhana atau rendah disertai dengan analisis deskriptif. Hasil analisis mendapati bahawa tahap daya tahan komuniti terhadap bencana banjir berada di zon waspada dengan komponen langkah dan tindakan menunjukkan skor terendah dan perlu diberi perhatian. Keputusan ini perlu diambil berat kerana ianya memberi kesan yang negatif jika tidak dibendung. Selain keperluan untuk komuniti menyedari tahap daya tahan mereka, implikasi kajian ini turut boleh diguna sebagai rujukan kepada pembuat dasar, agensi kerajaan dan swasta dalam usaha meningkatkan kapasiti komuniti ke arah pembangunan komuniti berdaya tahan terhadap bencana selari dengan konsep pengurangan risiko bencana/ Disaster Risk Reduction (DRR).
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Tahap daya tahan; Bencana; Banjir; Komuniti; Sepang |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 23055 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 14 Feb 2024 06:52 |
Last Modified: | 19 Feb 2024 06:29 |
Repository Staff Only: item control page