Faktor keberkesanan bekerja dari rumah semasa pandemik Covid-19 atas Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD) di Jabatan Perkhidmatan Awam

Mohd Noor Azam Mohd Mustafa, and Zurinah Tahir, and Azmi Aziz, (2023) Faktor keberkesanan bekerja dari rumah semasa pandemik Covid-19 atas Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD) di Jabatan Perkhidmatan Awam. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 20 (4). pp. 306-318. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
527kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/index

Abstract

Pandemik COVID-19 meninggalkan impak yang sangat besar kepada manusia, bukan sahaja kepada cara hidup, struktur sosioekonomi, bahkan merubah landskap pengurusan sumber manusia sektor awam serta swasta. Pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan Malaysia termasuklah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengawal dan menghadkan pergerakan rakyat seperti usulan daripada World Health Organisation (WHO) termasuklah arahan penutupan operasi pejabat kerajaan dan sektor kurang berkepentingan. Seterusnya dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) diperkenalkan kepada sektor awam dan swasta. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor keberkesanan BDR semasa pandemik COVID-19 ke atas Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Faktor-faktor tertsebut akan dinilai berdasarkan model Teori TAM yang diubahsuai. Pengumpulan data secara kaedah kuantitatif ke atas 187 responden yang terdiri daripada PTD Gred 41-44 di JPA. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor keberkesanan BDR semasa pandemik ini adalah signifikan dengan semua konstruknya iaitu Sikap Individu, Kelengkapan Teknologi, Pengurusan Masa dan Persekitaran. Namun hanya konstruk Sikap Individu didapati mempunyai hubungkait perbezaan signifikan dengan demografi jantina responden. Ringkasnya, kajian ini menyediakan maklumat tentang aspek yang disifatkan penting oleh majoriti responden dalam mengkaji keberkesanan sesuatu program (BDR). Maka adalah wajar keempat-empat faktor ini dijadikan asas dalam merangka dasar pelaksanan berkaitan BDR pada masa akan datang bagi memastikan kejayaan dan kelestarian program tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Keberkesanan; Bekerja dari rumah; Pandemik covid-19; Jabatan Perkhidmatan Awam; Pembangunan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:23058
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:14 Feb 2024 06:52
Last Modified:19 Feb 2024 06:36

Repository Staff Only: item control page