Pascanilai pelaksanaan kelas khas kemahiran membaca dan menghafaz al-quran (KKQ): cabaran dan strategi

Zulkifli Abd Mubi, and Haziyah Hussin, and Sabri Mohamad, (2023) Pascanilai pelaksanaan kelas khas kemahiran membaca dan menghafaz al-quran (KKQ): cabaran dan strategi. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 8 (2). pp. 12-24. ISSN 0128-0899

[img]
Preview
PDF
758kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/...

Abstract

Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran (KKQ) merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memperkasakan penguasaan kemahiran al Quran dalam kalangan murid dari aspek kemahiran Tarannum, Hafazan, Tajwid, Ulum al Quran, Rasm Uthmani dan Qiraat al-Sab c i. Walaupun kewujudan program KKQ ini sudah mencapai tiga dekad, namun sejauhmanakah pencapaian pelaksanaan program KKQ ini dalam meningkatkan kemahiran membaca al-Quran? Oleh itu, satu sorotan dilakukan untuk mengenal pasti pencapaian sepanjang 36 tahun pelaksanaannya dan cabaran yang dihadapi serta strategi yang boleh diambil untuk menambahbaik atau meningkatkan kualiti program KKQ ini. Sorotan ini berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Fakta dan hujah yang diperoleh daripada sumber primer dan sekunder diteliti, dinilai serta dianalisis. Hasil sorotan ini mendapati dua isu yang timbul iaitu keprihatinan pengurusan sekolah dan tahap penguasaan guru dan murid. Cabaran keprihatinan dan kebajikan guru KKQ, keperluan KKQ, minat murid, kemahiran dan pedagogi guru, jadual waktu dan sukatan pelajaran KKQ perlu diatasi. Justeru, cadangan pendekatan dan strategi pematuhan garis panduan pelaksanaan KKQ, dorongan berterusan dan pupuk minat murid, menyusun jadual bersistematik, penambahan lantikan guru KKQ, semakan semula kurikulum dan buku teks, manfaatkan guru muda, memperkasa latihan guru dan mempelbagaikan kaedah pengajaran perlu diambil cakna dan tindakan oleh pihak berkepentingan sama ada di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mahupun di peringkat pelaksana program KKQ ini di sekolah agar matlamat melahirkan murid yang berkemahiran dan cintakan al-Quran dapat dicapai dengan jayanya

Item Type:Article
Keywords:Kelas kemahiran al-Quran; Pendidikan Islam; Pascanilai; Cabaran; Strategi
Journal:Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah
ID Code:23073
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:16 Feb 2024 02:11
Last Modified:19 Feb 2024 01:12

Repository Staff Only: item control page