Wafa Abdul Jabbar Shohibuddin, and Muhammad Lukman Mat Sin, and Mohamad Hafiz Darpen, (2023) Metodologi Al-Qadhi Emaduddeen al-Kindi (w: 741h) di dalam tafsirnya: al-Kafeel bi Ma’ani al-Tanzil. Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 8 (2). pp. 25-35. ISSN 0128-0899
|
PDF
811kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/...
Abstract
Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W sebagai mukjizat hingga hari kiamat. Para ulama telah meluangkan banyak waktu dan usaha mereka bagi menggali segala yang berharga di dalam al-Quran dan seterusnya menyebarkannya dengan pelbagai cara. Di kalangan mereka, ada yang menggunakan metodologi penelitian serta komentar kepada kitab yang terdahulu daripada mereka seperti Al-Qadhi Emaduddeen al Kindi. Al-Kindi telah meneliti kitab al-Kashshaf karya al-Zamakhshari serta memberi komentar dari pelbagai sudut. Justeru, penulisan artikel ini adalah bertujuan untuk membahas metodologi tafsir al-Quran yang digunakan oleh al-Kindi dalam karyanya yang terkenal, Al-Kafeel bi Ma’ani al-Tanzil." Penulis menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan kajian kualitatif serta analisis tematik untuk mengkaji latar belakang al-Kindi dan mengenalpasti metodologi penulisan beliau di dalam tafsirnya. Hasil kajian mendapati bahawa al-Kindi adalah seorang yang alim dan mahir dalam bidang tafsir, beliau menggunakan keluasan ilmunya dalam pentafsiran al-Quran al Karim. Antara cadangan daripada hasil kajian ini antaranya ialah menubuhkan projek-projek kajian untuk mengembangkan lagi pemikiran dan karya penulisan al-Kindi. Ianya diharapkan dapat menjadi pencetus dalam memperkenalkan Al-Qadhi Emaduddeen al-Kindi sebagai seorang ulama dalam bidang tafsir di kalangan masyarakat serta menerangkan metodologi beliau di dalam tafsirnya.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Al-Kafeel; Al-Kindi; Metodologi; al-Quran |
Journal: | Journal Al-Turath ; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah |
ID Code: | 23074 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 16 Feb 2024 02:26 |
Last Modified: | 19 Feb 2024 01:14 |
Repository Staff Only: item control page