Syamimi Omar, and Norhafizah Karim, and Nur Shafarahzatin Ramli, and Hidayatulfathi Othman, (2023) Impak semburan isi padu ultra-rendah minyak pati piper aduncum L. terhadap populasi vektor denggi di kawasan wabak dan bukan wabak di Selangor, Malaysia. Sains Malaysiana, 52 (9). pp. 2613-2624. ISSN 0126-6039
|
PDF
5MB |
Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol52num9_...
Abstract
Penyelidikan selama 16 minggu telah dijalankan untuk menilai impak semburan Isi Padu Ultra-Rendah (ULV) minyak pati Piper aduncum ke atas populasi vektor di lapangan dengan sipermetrin berfungsi sebagai kawalan positif. Kedua-duanya dinilai terhadap sentinel dewasa yang diberi gula dan larva instar ke-3 Aedes aegypti di kawasan perumahan yang mewakili kawasan wabak denggi manakala Ae. albopictus diuji di kawasan bukan wabak. Kesan minyak pati tumbuhan dan piretroid terhadap populasi lapangan larva Ae. aegypti dipantau setiap minggu menggunakan bekas botol. Setiap kawasan mempunyai kawasan kawalannya tersendiri yang disembur dengan aseton 0.1% (kawalan negatif). Kesan penggunaan semburan ULV diukur dengan indeks ovitrap (OI) dalam rumah dan luar rumah. Pengurangan OI yang ketara diperhatikan di dalam dan di luar, di kawasan yang dirawat berbanding dengan kawasan kawalan (p<0.05). Pengurangan OI dicapai dari semasa ke semasa di kawasan yang dirawat terutama setiap kali selepas semburan dilakukan. Kedua-dua ekstrak P. aduncum dan cypermethrin menunjukkan potensi kesan membunuh terhadap nyamuk dewasa di lapangan. Menariknya minyak pati P. aduncum menunjukkan potensi sebagai larvisid apabila memberikan kematian 75.7% untuk luar rumah dan 48.5% untuk larva di dalam rumah selepas semburan yang signifikan pada p<0.05. Secara kesimpulannya, minyak pati P. aduncum yang disembur secara semburan ULV berkesan dalam memberikan impak terhadap populasi vektor denggi dan memberikan kesan ke atas larva yang secara tidak langsung telah menyebabkan penindasan populasi larva lapangan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Aedes aegypti; Aedes albopictus; Kawalan vector; Piper aduncum; Semburan ULV; Vektor denggi |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 23090 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 19 Feb 2024 00:43 |
Last Modified: | 19 Feb 2024 05:28 |
Repository Staff Only: item control page