Impak inovasi pemasaran dalam pengkomersialan pelancongan luar bandar: kajian kes program inap desa di Semenanjung Malaysia

Suhaida Herni Suffarruddin, and Mastura Jaafar, and Nur Aqilah Hazirah Mohd Anim, and Nurul Atasha Jamaludin, (2023) Impak inovasi pemasaran dalam pengkomersialan pelancongan luar bandar: kajian kes program inap desa di Semenanjung Malaysia. Jurnal Pengurusan, 69 . pp. 1-15. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
384kB

Official URL: https://www.ukm.my/jurnalpengurusan/view-articles/

Abstract

Dalam mendepani persekitaran luaran yang semakin mencabar, pelancongan luar bandar sewajarnya bertindak lebih proaktif dalam mengkomersialkan produk mereka agar dapat terus berdaya saing. Begitu juga program inap desa yang menawarkan produk pelancongan unik dilihat berpotensi menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara. Namun, terdapat program inap desa yang mengalami kadar penurunan pelancong ekoran kurangnya inovasi dalam teknik pemasaran. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk menerokai impak pelaksanaan inovasi pemasaran terhadap prestasi program inap desa. Bagi mencapai objektif kajian, kaedah penyelidikan kualitatif telah digunakan yang melibatkan temu bual secara bersemuka dengan penyelaras program inap desa. Lapan buah program inap desa di Semenanjung Malaysia telah dipilih berdasarkan kepada beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Hasil temu bual ini dianalisis mengunakan teknik analisis kandungan. Kajian mendapati inovasi pemasaran yang dilaksanakan meliputi tiga kategori iaitu penyertaan program komersial, jalinan usahaniaga agensi luar dan penggunaan medium digital. Inovasi tersebut telah memberi impak terhadap prestasi program inap desa dari aspek pertambahan penglibatan komuniti dan pencapaian anugerah homestay. Implikasinya, dapatan kajian ini menyumbang kepada perkembangan ilmu keusahawanan dengan menekankan kepentingan inovasi terutamanya inovasi pemasaran dan prestasi pelancongan luar bandar. Hasil kajian ini berguna kepada pemain industri sebagai panduan untuk meningkatkan teknik pemasaran yang lebih berkesan dalam usaha mengkomersialkan program inap desa ke peringkat global.

Item Type:Article
Keywords:Inovasi pemasaran; Impak prestasi; Program inap desa; Pelancongan luar bandar; Semenanjung Malaysia
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:23107
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:21 Feb 2024 03:26
Last Modified:22 Feb 2024 03:36

Repository Staff Only: item control page