Persepsi pelajar Institut Pengajian Tinggi terhadap kualiti Pendidikan Kejuruteraan

Zalina Mohd Ali, and Zainol Mustafa, and Norkisme Zainal Abidin, (2011) Persepsi pelajar Institut Pengajian Tinggi terhadap kualiti Pendidikan Kejuruteraan. AJTLHE: ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 3 (2). pp. 12-24. ISSN 1985-5826

[img]
Preview
PDF
600kB

Official URL: http://www.ukm.my/jtlhe/Current.aspx

Abstract

Kajian ini telah dijalankan di beberapa buah institusi pengajian tinggi (IPT) terpilih pada semester 2, tahun 2008. Kumpulan pelajar yang terpilih adalah terdiri daripada kelompok pelajar yang pernah mendapat pengalaman bekerja di industri dan juga mereka yang telah menjalani latihan industri yang diwajibkan oleh institusi masing-masing. Persepsi pelajar adalah merangkumi pelbagai aspek seperti persepsi dari sudut teknikal, Persepsi umum, tahap kepentingan dan kepuasan dalam pembelajaran bidang kejuruteraan serta penilaian keseluruhan terhadap sistem pengajaran dan pembelajaran yang diikuti. Keputusan yang diperoleh direkodkan dan dianalisis menggunakan perisian SPSS dan Excel. Secara keseluruhan, tahap kepuasan pelajar adalah masih sederhana dalam aspek pembelajaran bidang kejuruteraan di IPT. Walau bagaimanapun, min tahap kepuasan pelajar yang tinggi terhadap pengalaman pensyarah tidak memadai dalam memuaskan hati pelajar dari segi perlaksanaan kuliah dan kelas praktikal. Oleh itu, beberapa aspek lain seperti infrastruktur diselenggara dengan baik, maklumat komputer yang lengkap dan mesra pengguna serta peralatan makmal dan bengkel yang lengkap juga harus diambil kira dalam proses penambahbaikan program-program yang ditawarkan

Item Type:Article
Keywords:persepsi pelajar; analisis jurang; analisis kepentingan-prestasi
Journal:Asian Journal of Teaching and Learning in Higher Education
ID Code:2311
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:28 Jul 2011 04:49
Last Modified:14 Dec 2016 06:31

Repository Staff Only: item control page