Kawalan kepercayaan pembelajaran dalam kalangan pelajar kursus Bahasa Arab sebagai bahasa ketiga

Ghazali Yusri, and Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, and Parilah M. Shah, and Wan Haslina Wah, (2011) Kawalan kepercayaan pembelajaran dalam kalangan pelajar kursus Bahasa Arab sebagai bahasa ketiga. AJTLHE: ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 3 (2). pp. 41-47. ISSN 1985-5826

[img]
Preview
PDF
74kB

Official URL: http://www.ukm.my/jtlhe/Current.aspx

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk melihat tahap kawalan kepercayaan pembelajaran (control of learning beliefs) dalam kalangan pelajar kursus bahasa Arab sebagai bahasa ketiga dalam konteks kemahiran lisan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Kajian campuran antara kuantitatif dan kualitatif ini menggunakan satu instrumen soal selidik yang diubah suai daripada skala The Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ) serta temu bual. Bagi data kuantitatif, seramai 297 orang sampel dipilih dengan menggunakan teknik persampelan rawak berstrata (stratified random sampling). Manakala bagi data kualitatif pula, ia melibatkan 21 siri temu bual bersama pelajar dan pensyarah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhan, kawalan kepercayaan pembelajaran pelajar berada pada tahap yang tinggi. Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar dalam pembelajaran kemahiran lisan bahasa Arab, aktiviti dan amalan pembelajaran yang boleh menggalakkan autonomi pelajar dapat digunakan secara intensif bagi membina tahap kawalan kepercayaan pembelajaran pelajar.

Item Type:Article
Keywords:kawalan kepercayaan pembelajaran; kemahiran lisan bahasa Arab; pembelajaran bahasa Arab; pembelajaran kendiri; MSLQ
Journal:Asian Journal of Teaching and Learning in Higher Education
ID Code:2313
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:28 Jul 2011 06:33
Last Modified:14 Dec 2016 06:31

Repository Staff Only: item control page