Analisis tingkah laku pencarian maklumat COVID-19 dari perspektif model literasi e-kesihatan transaksional

Mohamad Fazlan Kamaruzaman, and Emma Mohamad, (2023) Analisis tingkah laku pencarian maklumat COVID-19 dari perspektif model literasi e-kesihatan transaksional. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 39 (4). pp. 183-201. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
443kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1610

Abstract

Literasi e-kesihatan merupakan antara aspek yang penting dalam kehidupan seseorang pada hari ini. Ianya adalah antara kemahiran yang perlu ada dalam individu supaya seseorang itu berupaya membuat pertimbangan tingkahlaku kesihatan yang betul dan mendorong ke arah tahap kesihatan yang lebih baik. Pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan telah mengakibatkan masyarakat lebih bergantung kepada maklumat dari Internet. Kurangnya kemahiran literasi e-kesihatan akan mengakibatkan seseorang itu lebih berisiko terhadap maklumat palsu yang berleluasa. Kajian ini dijalankan bagi meneroka tingkah laku pencarian maklumat kesihatan mengenai COVID-19 di internet dengan berpandukan Model Literasi e-Kesihatan Transaksional. Menurut empat dimensi literasi e-kesihatan yang dicadangkan model ini, kajian menganalisis tingkahlaku pencarian maklumat dalam talian dari segi fungsian, komunikatif, kritikal dan translasional/terjemahan. Temubual kumpulan fokus telah dijalankan ke atas tiga kumpulan sasaran iaitu belia, suri rumah dan penjawat awam. Analisis menunjukkan semua informan dari ketiga-tiga kumpulan ini menunjukkan keupayaan literasi e-kesihatan fungsian namun mempunyai perbezaan dari segi literasi e-kesihatan komunikatif, kritikal dan translasional. Asas kepada kemahiran literasi e-kesihatan kritikal adalah keupayaan membuat penilaian kesahihan sesebuah maklumat dan dapat dilihat kebanyakan informan dari kumpulan pelajar dan penjawat awam mempunyai kemahiran e-kesihatan kritikal berbanding kumpulan suri rumah. Literasi e-kesihatan merupakan satu perkara yang sangat penting dalam bidang komunikasi kesihatan dan dapatan kajian ini menunjukkan media sosial sebagai platform yang penting untuk mendapatkan maklumat mengenai COVID-19.

Item Type:Article
Keywords:COVID-19; Komunikasi kesihatanl literasi e-kesihatan ; Model literasi e-kesihatan transaksional, Media sosial
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:23166
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:07 Mar 2024 05:01
Last Modified:11 Mar 2024 07:55

Repository Staff Only: item control page