Kepentingan kecerdasan emosi dan pengaruhnya ke atas komunikasi berkesan Kakitangan Agensi Penguat Kuasa

Shariffah Hanim Syed Ismail, and Maizatul Haizan Mahbob, (2023) Kepentingan kecerdasan emosi dan pengaruhnya ke atas komunikasi berkesan Kakitangan Agensi Penguat Kuasa. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 39 (4). pp. 202-223. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
455kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1610

Abstract

Kecerdasan emosi yang positif penting bagi mewujudkan komunikasi berkesan ke atas kakitangan agensi penguat kuasa iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang merupakan antara agensi penguatkuasa utama negara. Menyedari hakikat ini, keupayaan kecerdasan emosi dan memiliki kemampuan berkomunikasi berkesan sewaktu berdepan dengan apa jua cabaran adalah penting dalam menjalankan kerja penguatkuasaan. Artikel ini mengupas kepentingan kecerdasan emosi dan pengaruh kecerdasan emosi terhadap komunikasi berkesan kakitangan badan penguatkuasa utama negara. Kajian merangkumi dimensi kecerdasan emosi yang terdiri daripada dimensi kesadaran diri, kawalan diri dan kemahiran sosial terhadap komunikasi berkesan. Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada 300 orang responden daripada kakitangan badan penguat kuasa iaitu PDRM, JIM dan JKDM. Model Kecerdasan Emosi dan Model Komunikasi Berkesan digunakan sebagai kerangka kajian. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) version 22 bagi menguji kesahan dan kebolehpercayaan item serta menguji hipotesis yang dikemukakan. Hasil kajian mendapati bahawa kesemua aspek kecerdasan emosi yang dikaji mempunyai hubungan signifikan positif yang kuat dengan komunikasi berkesan. Analisis regresi menunjukkan kecerdasan emosi menyumbang sebanyak 48.5 peratus terhadap komunikasi berkesan. Justeru, dimensi kemahiran sosial didapati sebagai penyumbang utama yang mempengaruhi komunikasi berkesan terhadap kakitangan badan penguat kuasa tersebut. Implikasi kajian ini menunjukkan pentingnya kakitangan penguat kuasa mempunyai kesedaran diri, kawalan diri dan kemahiran sosial yang tinggi supaya komunikasi berkesan dapat diwujudkan dalam kerja penguatkuasaan.

Item Type:Article
Keywords:Kecerdasan Emosi (EQ);Kesedaran diri; Kawalan diri; Kemahiran sosial; Komunikasi berkesan
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:23167
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:07 Mar 2024 05:41
Last Modified:11 Mar 2024 07:56

Repository Staff Only: item control page