Komunikasi nilai-kepercayaan di media sosial: analisis terhadap kesan pempengaruh di platform TikTok

Akmal Arfan, and Ammar Redza Ahmad Rizal, and Kawuryan, Megandaru W. (2023) Komunikasi nilai-kepercayaan di media sosial: analisis terhadap kesan pempengaruh di platform TikTok. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 39 (4). pp. 428-444. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
386kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1610

Abstract

Pada masa kini, banyak individu memilih untuk membeli barang melalui pempengaruh digital terutamanya di platform seperti TikTok yang membolehkan jualan langsung di antara pempengaruh dan pengikut mereka. Kajian ini membincangkan kesan nilai-nilai terhadap keyakinan pengguna kepada pempengaruh dalam konteks jualan langsung di TikTok dan bagaimana ia membuka ruang untuk aktiviti jual beli di antara pempengaruh dan pengikutnya. Kajian ini juga berpotensi membantu pihak-pihak berkepentingan dalam merancang strategi pemasaran produk mereka di platform digital, khususnya TikTok dengan memanfaatkan nilai-nilai yang dapat meningkatkan keyakinan pengguna terhadap pempengaruh. Tujuan utama kajian ini adalah untuk menganalisis kesan nilai terhadap keyakinan kepada pempengaruh dalam konteks jualan langsung di TikTok. Objektifnya adalah untuk mengenal pasti bagaimana nilai informasi, nilai sosial, nilai hedonik, nilai ekonomi dan nilai emosi mempengaruhi keyakinan pengguna terhadap pempengaruh dalam situasi jualan langsung di TikTok. Dalam mencapai tujuan ini, kajian ini mengguna pakai Teori Motivasi dalam komunikasi, dengan lima jenis nilai yang dijadikan pemboleh ubah bebas dan keyakinan sebagai pemboleh ubah bersandar, untuk mengkaji nilai yang memotivasikan pengguna untuk mempercayai pempengaruh digital. Sampel kajian ini terdiri daripada pengguna TikTok berumur di antara 18 hingga 60 tahun yang dipilih secara rawak, dengan jumlah responden sebanyak 106 orang. Data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan kaedah PLS-SEM dan hasil analisis menunjukkan bahawa hanya nilai sosial dan nilai ekonomi sahaja yang memberikan kesan signifikan keyakinan pengguna terhadap pempengaruh dalam jualan langsung di TikTok, sehingga mengesahkan hipotesis kajian untuk nilai-nilai tersebut, manakala hipotesis untuk nilai informasi, hedonik dan emosi ditolak dalam kajian ini.

Item Type:Article
Keywords:Komunikasi; Pempengaruh; Tik-Tok; PLS-SEM; nilai; Kepercayaan
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:23179
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:07 Mar 2024 08:49
Last Modified:11 Mar 2024 08:12

Repository Staff Only: item control page