Aktiviti kemasyarakatan pesta makan tahun kaum Kedayan di Limbang, Sarawak

Nur Afifah Vanitha Abdullah, and Nur Haidatul Atirah Hasnan, (2023) Aktiviti kemasyarakatan pesta makan tahun kaum Kedayan di Limbang, Sarawak. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 19 (4). pp. 179-193. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
641kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/index

Abstract

Makan Tahun atau kenduri kesyukuran adalah satu amalan tradisi tahunan kaum Kedayan di Limbang, Sarawak. Warga bukan Kedayan turut terlibat sama dalam penganjurannya walaupun ia adalah satu amalan ritual. Sehubungan itu, makalah ini bertujuan meneliti proses aktiviti Makan Tahun dan penglibatan masyarakat Kedayan dan bukan Kedayan dalam menganjurkan program ini dengan menjayanya. Bagi tujuan tersebut, penganjuran Makan Tahun dari tahun 2015 sehingga tahun 2022 dipilih sebagai kajian kes. Rekabentuk kajian fundamental dirangka dengan mengaplikasi kaedah kualitatif untuk memperolehi data bagi kajian ini. Manakala instrumen kajian ini adalah kaedah perpustakaan, pemerhatian turut serta dan temubual. Informan kajian ini terdiri daripada ahli jawatankuasa tertinggi penganjuran program Makan Tahun dari tahun 2015 dan 2022, seperti ketua-ketua kaum dan ketua-ketua kampung di Limbang. Konsep ‘the nest’ dalam ‘teori persembahan’ (2003) Schechner, R. diaplikasi sebagai kerangka analisis bagi mengenalpasti proses dan peranan masyarakat Limbang dalam menganjurkan Pesta Makan Tahun. Dapatan kajian ini adalah, masyarakat Kedayan masih kuat berpegang kepada budaya bermesyuarat, bekerjasama, dan bergotong royong dalam menyempurnakan acara ini. Semua ahli masyarakat terlibat dalam proses pra persembahan, berkumpul, mementaskan dan bersurai. Keempat-empat proses ini juga membuktikan bahawa masyarakat Kedayan masih teguh meneruskan amalan tradisi dari segi ritual dan budaya mereka. Penganjuran Pesta Makan Tahun berskala besar ini adalah satu kaedah bagi mengeratkan hubungan sesama masyarakat Kedayan dan bukan Kedayan. Kaum Kedayan bertindak sebagai tonggak utama penganjuran Makan Tahun, sementara kaum-kaum lain memainkan peranan sampingan bagi menyokong kejayaan acara ini.

Item Type:Article
Keywords:Kedayan; Limbang; Makan Tahun; Ritual; Sarawak; The nest
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:23193
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:13 Mar 2024 06:30
Last Modified:14 Mar 2024 01:40

Repository Staff Only: item control page