Analisis trend suhu jangka masa panjang dan hubungannya dengan perkembangan kawasan bandar di Pulau Pinang

Tharshini Murthy, and Izham Mohamad Yusoff, and Nik Norliati Fitri Md Nor, and Siti Masayu Rosliah Abdul Rashid, and Ismail Ahmad Abir, (2023) Analisis trend suhu jangka masa panjang dan hubungannya dengan perkembangan kawasan bandar di Pulau Pinang. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 19 (4). pp. 132-149. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/index

Abstract

Kawasan bandar memainkan peranan penting dalam perubahan trend suhu jangka masa panjang. Terdapat banyak kajian yang dijalankan di seluruh dunia berkaitan hubungan antara perubahan guna tanah dengan peningkatan suhu permukaan. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara perkembangan bandar dan trend suhu jangka masa panjang di bahagian pulau, Pulau Pinang dengan menggunakan peta guna tanah digital yang diperolehi daripada Jabatan Pertanian Malaysia. Dalam kajian ini, perkembangan bandar Pulau Pinang dari tahun 1966 hingga 2015 telah dianalisis. Trend suhu jangka masa panjang juga dianalisis dengan menggunakan kaedah Mann-Kendall dan Sen's Slope. Imej satelit juga digunakan dalam analisis suhu sebagai sumber tambahan bagi menyokong hasil kajian. Akhirnya, hubungan antara perkembangan bandar dan juga suhu telah dikenal pasti dengan menggunakan analisis korelasi. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa bahagian pulau, negeri Pulau Pinang telah mengalami proses urbanisasi yang pesat sejak dari tahun 1966 hingga 2015, di mana kadar bagi keseluruhan perkembangan bandar adalah 134.22%. Indeks suhu (Tmin, Tmax, dan Tmean) menunjukkan trend meningkat yang ketara pada kadar 0.19 °C/dekad, 1.2 °C/dekad dan 0.3 °C/dekad. Tmin dan Tmean pula mempunyai korelasi yang signifikan dan kuat terhadap perkembangan kawasan bandar. Imej satelit yang dianalisis juga menunjukkan catatan suhu tinggi pada kawasan bandar. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang kuat antara perkembangan bandar dengan kenaikan suhu di bahagian pulau, negeri Pulau Pinang. Namun, terdapat juga faktor lain yang mengakibatkan catatan suhu yang tinggi. Hal ini kerana, pada tahun 2008 hingga 2015 suhu tetap meningkat walaupun pembangunan semakin menurun. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa terdapat juga faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan suhu di bahagian pulau seperti perubahan iklim dunia.

Item Type:Article
Keywords:Perkembangan bandar; Pulau Pinang; Satelit; Suhu jangka masa panjang
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:23204
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:13 Mar 2024 06:29
Last Modified:14 Mar 2024 00:51

Repository Staff Only: item control page