Kompetensi pemanduan dalam kalangan warga emas di Sabah

Harifah Mohd Noor, and Adilah Md Ramli, and Jurry Foo, and Mohd Azizul Ladin, and Mazdi Marzuki, and Nazihiyah Asli, and Chai, Ai Jing (2023) Kompetensi pemanduan dalam kalangan warga emas di Sabah. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 19 (4). pp. 163-178. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
670kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/index

Abstract

Peningkatan populasi warga emas dilihat membawa kepada keperluan pemanduan kenderaan bagi mengekalkan mobiliti dan meningkatkan penyertaan sosial dan kualiti hidup mereka. Namun, pemanduan warga emas sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kemalangan sama ada bagi pemandu, mahupun pengguna jalan raya yang lain. Objektif artikel ini adalah untuk meneliti keupayaan memandu warga emas dengan mengambil kira hubungannya terhadap faktor sosio-demografi, iaitu faktor umur, jantina, masalah kesihatan, dan status pekerjaan. Kaedah tinjauan menggunakan pendekatan campuran, iaitu tinjauan soal selidik melibatkan 644 orang responden (warga emas berumur 60 tahun ke atas). Kajian ini juga menemu bual lima orang informan untuk menyokong dapatan kajian. Analisis data menggunakan pendekatan deskriptif dan inferensi seperti peratusan, analisis taburan silang, dan analisis Khi-Kuasa Dua. Penemuan utama memperlihatkan bahawa faktor umur (X2=49.766a, k < .05), jantina (,X2=82.418a, k < .05) kesihatan (X2=28.238a, k < .05), dan status pekerjaan (X2=64.151a, k < .05) mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap keupayaan memandu warga emas. Oleh itu, pemboleh ubah demografi ini boleh dijadikan panduan kepada pihak berkepentingan untuk merancang strategi dan dasar berkenaan penilaian kompetensi pemanduan, khususnya melibatkan kelayakan pemilikan lesen memandu dalam kalangan warga emas.

Item Type:Article
Keywords:Kompetensi; Kualiti hidup; Mobiliti; Pemanduan; Sosio-demografi; Warga emas
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:23208
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:13 Mar 2024 06:29
Last Modified:14 Mar 2024 01:11

Repository Staff Only: item control page