Tahap literasi dalam Bahasa Inggeris di kalangan belia di Institut Belia Kebangsaan

Koo, Yew Lie, and Hazita Azman, (2010) Tahap literasi dalam Bahasa Inggeris di kalangan belia di Institut Belia Kebangsaan. GEMA: Online Journal of Language Studies, 10 (1). pp. 35-51. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
117kB

Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/GEMA%202010/pp%2035_51...

Abstract

Kertas in melaporkan dapatan kajian yang telah dijalankan ke atas belia Malaysia di satu Institut Latihan Vokasional. Maupun matlamat keseluruhan kajian adalah untuk mengkaji tahap kompetensi bahasa (BahasaMelayu dan Bahasa Inggeris) dan kemahiran literasi belia berbandingkan dengan kemahiran literasi yang diperlukan bagi menangani cabaran abad ke 21, skop artikel ini hanya tertumpu kepada pengajaran Bahasa Inggeris di institut vokasional berkenaant sebagai satu kes kajian. Ianya mengkaji sejauh mana kurikulum Bahasa Inggeris menyediakan belia vokasional supaya berdaya saing dalam penggunaan Bahasa Inggeris di era global ini, dan menunjukkan perbezaan antara tahap dan jenis kemahiran literasi bahasa yang dilatih dengan keperluan kemahiran yang diperlukan untuk kebolehpasaran. Peserta kajian merupakan belia yang telah gagal menyambung pendidikan di institusi pengajian tinggi awam, sebaliknya telah memasuki program latihan kemahiran anjuran pihak kerajaan di Institut Latihan Vokasional Malaysia. Data kajian telah dikumpul melalui soal selidik, temuduga dan analisis dokumen atau isian. Dapatan kajian keseluruhannya pula menunjukkan bahawa golongan belia yang dikaji tidak memperolehi kemahiran berbahasa Inggeris dan kemahiran berkomunikasi bagi mengakses dan menganalisa makluman ditahap yang diperlukan dalam era ICT dan global kerana mereka kurang menguasai kompetensi linguistik dan komunikasi. Tambah lagi, dapatan menunjukkan mereka tidak menguasai kemahiran literasi kritikal yang diperlukan bagi mengakses makluman secara bermakna dan berkesan yang boleh menjadikan mereka lebih berdaya saing. Kebanyakan daripada belia kajian menyatakan bahawa mereka berasa terasing dalam aspek intellektual, sosial dan budaya kerana tidak dapat mengamati ilmu serta kemahiran yang diperlukan, termasuk kompetensi linguistik, penggunaan bahasa, isian yang relevan dan jenis kemahiran literasi kritikal. Berasaskan dapatan ini, suatu rombakan semula kepada silibus Bahasa Inggeris dalam program vokasional ini disarankan dengan memperkenalkan kurikulum literasi Bahasa Inggeris yang berkerangkakan pendekatan pedagogi refleksif dan berorientasikan pembelajaran pluriliterasi.

Item Type:Article
Keywords:literasi golongan belia; pendidikan Vokasional di Malaysia; kompetensi Bahasa Inggeris; kemahiran literasi abad ke-21
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:2321
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:29 Jul 2011 01:49
Last Modified:14 Dec 2016 06:31

Repository Staff Only: item control page