Perubahan persekitaran dan kesannya terhadap kesihatan penduduk: satu tinjauan dari perspektif sejarah di Perak (1874-1941)

Siti Noor Hafizah Mohamed Sharif, (2023) Perubahan persekitaran dan kesannya terhadap kesihatan penduduk: satu tinjauan dari perspektif sejarah di Perak (1874-1941). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 19 (4). pp. 150-162. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
407kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/index

Abstract

Artikel ini membincangkan sisi negatif penghijrahan secara besar-besaran ke atas persekitaran semula jadi dan kesannya ke atas kesihatan penduduk iaitu penularan malaria seperti yang berlaku di Perak bagi tahun 1874 hingga tahun 1941. Justeru, artikel ini memperincikan aspek penghijrahan yang mendorong kepada penerokaan hutan secara besar-besaran dan kesannya ke atas kesihatan penduduk khususnya penularan penyakit malaria. Penulisan ini menggunakan pendekatan sejarah iaitu kaedah analisis sumber primer yang berupa rekod-rekod tinggalan pentadbir kolonial. Rekod kolonial utama yang digunakan dalam artikel adalah Annual Report on Social and Economic Progress of the People of Perak. Ringkasnya, artikel ini mendapati bahawa penghijrahan besar-besaran yang diiringi penerokaan hutan secara pantas untuk tujuan pertanian serta perlombongan telah membawa kepada penularan pelbagai jenis penyakit terutamanya malaria seperti yang berlaku di Perak. Hal ini membuktikan bahawa penerokaan hutan untuk apa-apa tujuan yang tidak diiringi dengan perancangan rapi membawa impak negatif ke atas kehidupan manusia.

Item Type:Article
Keywords:Kesihatan; Landskap semula jadi: Malaria; Penerokaan hutan; Penghijrahan; Penularan penyakit malaria
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:23213
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:13 Mar 2024 06:29
Last Modified:14 Mar 2024 01:10

Repository Staff Only: item control page