Norfazila Ab. Hamid, and Shahidi A.H., and Wan Robiah Meor Osman, (2023) Variasi vokal dan diftong Bahasa Melanau Sarawak. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 19 (4). pp. 245-262. ISSN 2180-2491
|
PDF
504kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/index
Abstract
Kajian ini melihat variasi vokal dan diftong bahasa yang wujud dalam bahasa Melanau di Sarawak. Tujuh kawasan bahasa Melanau yang telah dipilih bagi kajian ini ialah Melanau kawasan Mukah (MKM), Matu (MKMT), Dalat (MKDT), Igan (MKI), Oya (MKO), Balingian (MKB), dan Daro (MKDA). Hasil variasi turut dibuat pengelompokan. Pendekatan yang dimanfaatkan dalam kajian ini adalah pendekatan struktural. Pendekatan ini dipilih atas dasar keupayaannya menggambarkan persamaan dan perbezaan beberapa ciri bunyi yang wujud dalam bahasa Melanau di kawasan kajian. Dari segi bunyi kajian ini meneliti penyebaran vokal pada posisi awal, tengah, dan akhir kata dalam ketujuh-tujuh kawasan kajian. Kajian ini mendapati berdasarkan kesejajaran dalam perkataan tertentu dan pada posisi tertentu, bunyi vokal [i] pada posisi akhir kata sejajar dengan [ey] dan [e], bunyi [u] pada posisi akhir kata sejajar dengan [-o, -aw, -o, -], manakala bunyi [e] pada posisi akhir kata sejajar dengan [-i, -ay, -], bunyi [] sejajar dengan [i, e, ay], dan bunyi [a] sejajar dengan [] dan [ah]. Justeru, varian dialek Melanau di tujuh kawasan kajian ini dapat diklasifikasikan kepada tiga kelompok besar iaitu pertama, kelompok Matu-Daro, kedua, kelompok Mukah-Igan-Oya-Dalat, dan ketiga kelompok Balingian.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kualitatif; Melanau; Struktural; Variasi; Vokal |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 23224 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 13 Mar 2024 06:29 |
Last Modified: | 14 Mar 2024 01:47 |
Repository Staff Only: item control page