Daya tahan usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) semasa pandemik COVID-19

Raja Suzilawati Raja Hasan, and Noordeyana Tambi, (2023) Daya tahan usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) semasa pandemik COVID-19. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 19 (4). pp. 224-244. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
672kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gmjss/index

Abstract

Pandemik Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ketat telah memberi kesan buruk kepada aktiviti perniagaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) sehingga menyebabkan kerugian kewangan yang besar kepada PMKS sekaligus menjejaskan sumbangan PMKS kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Maka, daya tahan usahawan PMKS dalam meneruskan perniagaan semasa pandemik COVID-19 amat penting bagi kelangsungan perniagaan mereka. Kebolehan seseorang usahawan PMKS menguruskan perniagaan semasa pandemik COVID-19 boleh diukur melalui keupayaan dalaman dan luaran yang boleh diterjemahkan melalui modal insan, orientasi keusahawanan dan modal sosial. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji tahap daya tahan PMKS semasa pandemik COVID-19, mengkaji tahap modal insan, orientasi keusahawanan dan modal sosial bagi usahawan PMKS semasa pandemik COVID-19 dan menganalisis hubungan antara modal insan, orientasi keusahawanan dan modal sosial dengan daya tahan usahawan PMKS semasa pandemik COVID-19. Kajian kuantitatif ini menggunakan edaran soal selidik secara Google Form melalui aplikasi WhatsApp melibatkan 402 responden yang terdiri daripada PMKS yang telah berdaftar dengan SSM, SKM, PBT, Badan Profesional dan JPPM. Data diperolehi dianalisis merangkumi kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai digunakan untuk menjawab objektif pertama dan kedua. Manakala analisis inferensi Korelasi Pearson digunakan untuk menjawab objektif ketiga. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap daya tahan usahawan PMKS semasa pandemik COVID-19 berada pada tahap tinggi. Manakala, tahap modal insan, orientasi keusahawanan dan modal sosial juga berada pada tahap tinggi. Selain itu, terdapat hubungan sederhana yang signifikan antara modal insan, orientasi keusahawanan dan modal sosial dengan daya tahan usahawan PMKS semasa pandemik COVID-19. Cadangan penambahbaikan dan saranan untuk kajian masa hadapan telah dibincangkan agar hasil kajian memberi sumbangan kepada semua pihak yang berkepentingan dan menyumbang kepada cabang pengetahuan ilmu baharu.

Item Type:Article
Keywords:Daya tahan usahawan; Keusahawanan; Modal insan; Modal sosial; Orientasi keusahawanan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:23226
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:13 Mar 2024 06:29
Last Modified:14 Mar 2024 01:46

Repository Staff Only: item control page