Zurina Musa, and Zuliza Mohd Kusrin, and Muhammad Nazir Alias, and Nurhidayah Muhammad Hashim, (2023) Penasaban dan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf orang Islam di Malaysia dan negara Asia lain. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 45 (2). pp. 15-33. ISSN 0216-5636
|
PDF
564kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1629
Abstract
Terdapat perbezaan dari segi konsep anak tidak sah taraf menurut perundangan Islam dan peruntukan undang-undang sivil di Malaysia sepertimana yang diguna pakai oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di bawah Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 [Akta 299], khusus berhubung dengan isu pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf orang Islam. Perbezaan ini memberi kesan yang amat signifikan dari segi hukum Syarak antaranya yang melibatkan penasaban, perwalian dan pewarisan harta pusaka. Selain itu, ia turut akan memberi implikasi yang sangat besar dan rumit kepada kelangsungan entiti keluarga. Justeru, artikel ini membincangkan tentang konsep penasaban atau penamaan dan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf orang Islam serta pelaksanaannya menurut perundangan Islam dan sivil di Malaysia dan beberapa negara Asia iaitu Indonesia, Singapura dan Thailand. Kajian berbentuk kualitatif. Data terkumpul dianalisis secara diskriptif dan tematik. Hasil kajian mendapati di Malaysia terdapat kepelbagaian tafsiran konsep penasaban atau penamaan bagi anak tidak sah taraf menurut perundangan Islam. Berlaku konflik berkaitan prosedur dan pemakaian undang-undang antara perundangan Islam dan Sivil serta ketidakseragaman pelaksanaan antara perundangan dan kehakiman Syariah sendiri. Di negara Indonesia, pelaksanaan penasaban dan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf orang Islam adalah mengikut hukum syarak. Manakala di Singapura dan Thailand, adalah merujuk kepada undang-undang sivil. Oleh itu terdapat keperluan dilakukan kajian terperinci berkaitan undang-undang penasaban dan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf orang Islam dilakukan, demi kepentingan agama dan umat Islam amnya serta khusus kepada pihak-pihak yang berkepentingan bagi mengelakkan isu pertindanan nasab.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pendaftaran; Penasaban; Anak tidak sah taraf |
Journal: | Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies |
ID Code: | 23229 |
Deposited By: | Noor Marina Yusof |
Deposited On: | 18 Mar 2024 00:48 |
Last Modified: | 19 Mar 2024 06:39 |
Repository Staff Only: item control page