Pengaruh pengajaran terbeza terhadap kreativiti pengajaran guru bahasa Arab sekolah rendah

Nurul Nissha Johari, and Harun Baharudin, (2023) Pengaruh pengajaran terbeza terhadap kreativiti pengajaran guru bahasa Arab sekolah rendah. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 45 (2). pp. 35-46. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
349kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1629

Abstract

Pendekatan pengajaran terbeza (differentiated instruction) merupakan pertimbangan terhadap perbezaan kecerdasan pelbagai murid dapat membantu murid untuk belajar dengan cara optimum mengikut aras atau situasi pembelajaran mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan elemen-elemen yang terdapat di dalam pendekatan pengajaran terbeza dan pengaruhnya terhadap kreativiti pengajaran guru bahasa Arab. Seramai 148 daripada 236 orang guru bahasa Arab di sekolah kebangsaan dalam negeri Melaka dipilih sebagai sampel secara pensampelan berkelompok atau kluster dengan membahagikan kesemua populasi mengikut daerah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara pendekatan pengajaran terbeza dan kreativiti pengajaran guru bahasa Arab (r=0.78). Seterusnya, hasil analisis regresi berganda pula menunjukkan bahawa elemen pendekatan pengajaran terbeza iaitu rancangan pengajaran, kandungan pembelajaran serta produk pembelajaran merupakan peramal dan memberi pengaruh terhadap kreativiti pengajaran guru bahasa Arab (R2= 0.68). Oleh itu, kajian ini dapat memberi input yang baharu kepada pihak berkaitan untuk merancang program dan aktiviti yang berkesan khususnya dalam meningkatkan kreativiti pengajaran guru bahasa Arab melalui pendekatan pengajaran terbeza.

Item Type:Article
Keywords:Pengajaran terbeza; Kreativiti pengajaran; Guru bahasa Arab; Pendidikan abad ke-21
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:23230
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:18 Mar 2024 00:52
Last Modified:19 Mar 2024 06:40

Repository Staff Only: item control page