Strategi pengeksplisitan dalam terjemahan gaya Bahasa Ījāz al-Quran kepada bahasa Melayu

Mukhlis Rosli, and Nasimah Abdullah, and Lubna Abd Rahman, (2023) Strategi pengeksplisitan dalam terjemahan gaya Bahasa Ījāz al-Quran kepada bahasa Melayu. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 45 (2). pp. 111-124. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
639kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1629

Abstract

Pengeksplisitan ialah suatu teknik penting dalam mengukur tahap kualiti sesuatu interpretasi. Pengeksplisitan ada kalanya boleh berbentuk wajib, pilihan, pragmatik dan inheren. Bahkan pengeksplisitan juga boleh mengundang kepada tahap kelewahan (redundancy) sesuatu teks. Penterjemah sama ada yang berpengalaman mahupun tidak berpengalaman cenderung melakukan pengeksplisitan dengan memindahkan makna elipsis bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Kajian ini berobjektif untuk menganalisis klasifikasi pengeksplisitan dalam penterjemahan gaya bahasa ījāz al-Quran kepada bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ialah kualitatif melalui pendekatan analisis kandungan (content analysis). Data kajian pula terdiri daripada sejumlah gaya bahasa ījāz al-Quran yang dianalisis mengikut klasifikasi strategi pengeksplisitan oleh Klaudy dan metode penyaringan (filtering method) oleh Becher. Dapatan kajian mendedahkan bahawa kategori pengeksplisitan pilihan merupakan jenis pengeksplisitan terbanyak yang ditemukan kajian berbanding dengan jenis pengeksplisitan yang lain. Pengeksplisitan pragmatik pula menjelaskan bahawa proses pemindahan makna tidak hanya bergantung pada struktur atau sistem bahasa (tatabahasa, leksikon dan sebagainya) tetapi turut dipengaruhi oleh konteks pengujaran ayat. Kajian mencadangkan bahawa penterjemah perlu berusaha meminimumkan pendekatan tafsiran ayat melainkan pada keadaan tertentu yang boleh mengundang salah faham atau penyimpangan makna. Pandangan ini dilontarkan berikutan bidang pentafsiran al-Quran (the science of exegesis) merupakan satu bidang yang amat luas, sarat dengan perbezaan pandangan dan mempunyai disiplin ilmunya yang tersendiri.

Item Type:Article
Keywords:Pengeksplisitan pilihan; Pragmatik; Makna implisit; Terjemahan lewah; Terjemahan al-Quran
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:23235
Deposited By: Noor Marina Yusof
Deposited On:18 Mar 2024 01:23
Last Modified:19 Mar 2024 06:50

Repository Staff Only: item control page