Muhammad Nur Hakimi Zabidi, and Darfizzi Derawi, (2023) Penghasilan karbon aktif melalui pengaktifan wap biojisim serat panjang tandan sawit kosong. Sains Malaysiana, 52 (11). pp. 3163-3176. ISSN 0126-6039
|
PDF
1MB |
Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol52num11...
Abstract
Longgokan tandan sawit kosong (EFB) di Malaysia memerlukan perancangan yang lebih teliti dalam menukarkan sisa biojisim kepada produk bernilai tinggi. Penghasilan karbon aktif daripada biojisim EFB merupakan salah satu inisiatif yang sangat signifikan dalam menghasilkan produk bahan termaju ini. Serat panjang EFB ditukarkan kepada karbon aktif melalui kaedah pengaktifan stim. Pengaktifan stim secara suntikan wap air ini telah dijalankan pada suhu 700, 750, 800, 900 dan 1000 °C selama 60 minit. Serbuk EFB, bio-arang dan karbon aktif yang dihasilkan dalam kajian ini telah menjalani analisis pencirian menggunakan kaedah penjerapan fizikal. Karbon aktif terhasil pada suhu 800 °C memberikan luas permukaan (561.0 m2/g) dan isi padu liang (0.2800 cm3/g) tertinggi dan bersifat mesoliang (2.9 nm) berbanding karbon aktif yang terhasil pada suhu lain. Oleh itu, suhu 800 °C merupakan suhu optimum bagi penghasilan karbon aktif dalam kajian ini. Sehubungan itu, karbon aktif 800 °C dilakukan pencirian selanjutnya menggunakan XRD, FTIR dan FESEM. Struktur amorfus dapat dilihat berdasarkan pencirian XRD. Melalui analisis FTIR, karbon aktif ini mengandungi beberapa kumpulan berfungsi seperti alifatik-CH, C-O dan C=O. Kemunculan puncak penyerapan getaran kumpulan C=O pada karbon aktif ini selepas pengaktifan wap dapat dikaitkan dengan tindak balas pengoksidaan bio-arang yang mana wap air bertindak sebagai agen pengoksidaan. Tambahan pula, morfologi permukaannya oleh FESEM menunjukkan permukaan berliang berbentuk bulat dan susunannya kurang teratur. Justeru, kajian berkaitan penghasilan karbon aktif daripada biojisim tandan sawit kosong melalui pengaktifan wap telah dijalankan. Penukaran biojisim EFB kepada karbon aktif menyokong kepada usaha membangunkan teknologi hijau dan kitaran ekonomi mampan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Biojisim tandan sawit kosong; Karbon aktif; Pengaktifan wap |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 23247 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 21 Mar 2024 07:28 |
Last Modified: | 21 Mar 2024 07:28 |
Repository Staff Only: item control page