Reka bentuk pasir pantai mesoliang bagi penyahoksigenan bermangkin minyak masak terpakai kepada bahan api keterbaharuan

Darfizzi Derawi, and Nurul Huda Mohd Zahidi, and Khairul Basyar Baharudin, (2023) Reka bentuk pasir pantai mesoliang bagi penyahoksigenan bermangkin minyak masak terpakai kepada bahan api keterbaharuan. Sains Malaysiana, 52 (11). pp. 3177-3187. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
949kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol52num11...

Abstract

Kajian ini memfokus kepada reka bentuk mangkin dwilogam NiCo tersokong atas permukaan pasir pantai terawat HCl (P-HCl) untuk tindak balas penyahoksigenan minyak masak terpakai bagi menghasilkan hidrokarbon cecair gasolin, diesel dan bahan api jet. Mangkin dwilogam berkandungan Ni (10 %bt.) dan Co (10 %bt.) disediakan melalui kaedah pengisitepuan bagi menghasilkan mangkin NiCo/P-HCl. Po, P-HCl dan NiCo/P-HCl telah dilakukan pencirian fizikal dan aktiviti pemangkinan telah diuji melalui tindak balas penyahoksigenan. Prestasi mangkin dinilai dari segi peratusan hasil tindak balas dan kepilihan mengikut julat karbon gasolin (C8-C11), diesel (C11-C17) dan bahan api jet (C8-C16). Perawatan HCl telah bertindak balas dengan logam oksida yang mempunyai keelektropositifan yang lebih tinggi (Al2O3 dan Fe2O3), seterusnya menyebabkan pengurangan komposisi logam oksida tersebut, masing-masing sebanyak 10.0% dan 12.5%. Pengurangan komposisi logam oksida telah mempengaruhi keporosan penyokong pasir yang telah dirawat. Setelah pemuatan logam Ni dan Co, mangkin berstruktur mesoliang (5.9 nm) terhasil dengan peningkatan luas permukaan (22.5 m2/g) dan isi padu liang (0.032 cm3/g). Mangkin NiCo/P-HCl telah berjaya menukarkan minyak masak terpakai kepada hidrokarbon cecair sebanyak 71%, mengikut keutamaan kepilihan produk iaitu bahan api jet (86%), diesel (83%) dan gasolin (17%). Penukaran minyak masak terpakai kepada produk bahan api keterbaharuan bakal memberikan nilai tambah dan menyokong kepada inisiatif teknologi hijau serta kitaran ekonomi yang mampan.

Item Type:Article
Keywords:Bahan api keterbaharuan; Pasir pantai; Penyahoksigenan; Perawatan asid hidroklorik
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:23248
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:21 Mar 2024 07:42
Last Modified:21 Mar 2024 07:42

Repository Staff Only: item control page