Peluasan makna imbuhan ber-: analisis semantik kognitif

Nor Hashimah Jalaluddin, and Zaharani Ahmad, and Nurul Huda Mohd Saad, (2010) Peluasan makna imbuhan ber-: analisis semantik kognitif. GEMA: Online Journal of Language Studies, 10 (1). pp. 103-123. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
233kB

Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/GEMA%202010/pp%20103_1...

Abstract

Imbuhan beR ialah salah satu imbuhan yang dibincangkan dalam buku nahu bahasa Melayu. Secara umumnya huraian mengenai imbuhan ini agak serupa antara penahu dan adakalanya bertindih. Satu aspek imbuhan yang penting ialah makna imbuhan itu sendiri. Penahu bersetuju untuk mengatakan yang imbuhan nahu mempunyai makna ‘melakukan sesuatu ke atas diri sendiri’, ‘refleksif’, ‘perbuatan bersalingan’, dan ‘memiliki’. Namun, makna imbuhan beR selalunya diterangkan secara luaran sahaja meskipun ada banyak lagi maksud lain yang boleh diterokai. Bersandarkan 5 juta data korpus UKM-DBP - akhbar (Utusan Malaysia, Berita Harian, Harakah), majalah, dan buku, makna imbuhan beR- dicungkil dengan lebih mendalam. Peluasan makna imbuhan beR- ini telah dihuraikan dengan menggunakan pendekatan semantik kognitif melalui teori prototaip dan model kategori jaringan radial. Beberapa mekanisme kognitif seperti skema imej perbuatan (pergerakan, refleksif, bersalingan, dan penghasilan), skema imej milikan, skema imej pasif, skema imej psikologi, dan skema imej kumpulan telah berjaya diserlahkan bagi memperjelas cara mana berlakunya proses peluasan makna imbuhan beR- ini. Terbukti, peluasan makna imbuhan beR- berlaku secara sistematik. Peluasan makna imbuhan beR- mempunyai domain teras, dan domain pinggiran. Perbezaan setiap domain inilah yang menyebabkan wujudnya peluasan makna terhadap imbuhan beR-.

Item Type:Article
Keywords:teori prototaip; skema imej; mekanisme kognitif; peluasan makna.
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:2325
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:29 Jul 2011 02:10
Last Modified:14 Dec 2016 06:31

Repository Staff Only: item control page