Persepsi Mahasiswa terhadap pembelian secara atas talian pasca Covid-19

Roziana Baharin, and Suhaila Saad, and Priyangga A/P Suppiah, (2003) Persepsi Mahasiswa terhadap pembelian secara atas talian pasca Covid-19. Jurnal Personalia Pelajar, 26 (2). pp. 25-32. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
326kB

Official URL: https://www.ukm.my/personalia/2023-2/

Abstract

Pembelian secara atas talian merupakan salah satu kaedah perniagaan zaman moden yang dijangka akan menjadi salah satu pemacu pertumbuhan ekonomi masa hadapan. Pasca-covid telah membuktikan bahawa kaedah belian secara atas talian bukan hanya berlaku ketika pendemik tetapi masih menjadi pilihan dan terus berkembang maju walaupun pengguna sudah bebas berjual beli secara fizikal. Walaupun banyak faktor yang mempengaruhi tingkah laku pengguna dalam membuat keputusan membeli secara atas talian, namun kajian ini mengfokuskan kepada golongan muda khususnya pelajar universiti yang begitu sinonim dengan trend ini. Data dikumpul melalui soal selidik yang diedarkan kepada pelajar di kawasan Universiti Kebangsaan Malaysia. Seramai 134 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Pendekatan deskriptif dan inferensi (chi-kuasa dua) digunakan untuk menganalisis data. Keputusan kajian menunjukkan keempat-empat faktor iaitu harga yang lebih murah, laman web yang mesra pengguna, risiko rendah dan perkhidmatan berkualiti yang ditawarkan oleh penjual dipersetujui sebagai antara faktor yang mempengaruhi tingkah laku pengguna muda dalam membuat keputusan pembelian secara atas talian. Dapatan ini memberi maklumat yang berguna kepada penjual khususnya untuk menambah baik kualiti perkhidmatan, meningkatkan aspek keselamatan serta meningkatkan kualiti persembahan laman web.

Item Type:Article
Keywords:Pembelian secara atas talian; E-dagang; Tingkah laku pelajar
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:23262
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:24 Mar 2024 08:43
Last Modified:25 Mar 2024 06:02

Repository Staff Only: item control page