Pengaruh literasi kewangan terhadap pengurusan kewangan mahasiswa

Lim, Zhi WeI and Tay, Fui Fui and Chong, Kar HyiN and Dharrsheni Prakash Anand, and Rubayah Yakob, and Hendon Redzuan, and Mohd Hafizuddin Syah Bangaan Abdullah, Pengaruh literasi kewangan terhadap pengurusan kewangan mahasiswa. Jurnal Personalia Pelajar, 26 (2). pp. 33-45. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
399kB

Official URL: https://www.ukm.my/personalia/2023-2/

Abstract

Perbelanjaan pendidikan dan harga barang yang semakin meningkat menyebabkan mahasiswa memerlukan literasi kewangan untuk membantu mereka menguruskan kewangan dengan baik supaya dapat menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi dalam kehidupan mereka. Oleh itu, kajian bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh literasi kewangan kepada pengurusan kewangan mahasiswa. Sampel kajian ini terdiri daripada 100 orang responden yang dipilih berdasarkan kaedah persampelan mudah. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara purata mahasiswa mempunyai tahap literasi kewangan dan tahap pengurusan kewangan yang tinggi. Hasil regresi linear mudah menunjukkan bahawa item dalam literasi kewangan iaitu pengetahuan kewangan, tingkah laku pengurusan kewangan dan pengalaman kewangan mempengaruhi item pengurusan kewangan mahasiswa iaitu perbelanjaan, pelaburan dan simpanan. Hasil kajian memberi input kepada pihak yang berkenaan untuk melaksanakan progam atau usaha bagi meningkatkan kesedaran mengenai literasi kewangan dalam kalangan mahasiswa. Kursus Pengurusan Kewangan perlu diwajibkan kepada setiap mahasiswa bagi menyediakan mereka dengan pengetahuan kewangan secukupnya sebelum menempuh dunia sebenar apabila bergraduasi kelak.

Item Type:Article
Keywords:Literasi; Mahasiswa; Kewangan; Pengurusan; Perbelanjaan
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:23263
Deposited By: Mohd Hamka Md. Nasir
Deposited On:24 Mar 2024 08:52
Last Modified:25 Mar 2024 06:03

Repository Staff Only: item control page